L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Wednesday, March 23, 2011

On His Birthday..

Dear Rushdan..
"Happy 29 Birthday..Wish you full of happiness,  healthy & what are you dreams come true. Mengenalimu adalah takdir terindah, Menyayangimu adalah pilihan yang paling tepat & Menjadi pendamping hidupmu adalah impian & harapan.."
Abaikan quote lain2..arahkan pandangan mata anda pada number sahaja..banyaknyeeee..eh. dah tua! eh. eh. eh.. hahaha..Kejam kan aku..dah la bold, siap large g..klu dia baca ni mesti die cakap "Sampai ati syg kan, buli abg.." weks! jauh takpe!

On his birthday.. secara seriusnya, dari tiga minggu lagi, aku hangin sangat sebab tengok schedule merah sepanjang minggu.. Maknanya, aku takkan dapat cuti.. So, i've to plan something.. Special !

Kebetulan, aku selak surat khabar & terbaca la plak biz coklat, trus idea datang.. Tapi takes time gak sebab aku tak tau ada sediakan perkhidmatan penghantaran atau tak. sampaila aku add kat FB.. Then, she replied 'ada'.. Aku pun check Blog dia..Wow! cantik coklat2 dia. Sweet!

Secara ringkasnya, aku pun mesej la pada Kak Mazliana..act, memula aku panggil 'Puan' tapi, die replied 'Akak'..mayb die tak selesa ngan panggilan 'Puan'. Yang bestnyee.. Kak Lya cuma tanye die suke bola ke kereta? & warna kegemaran.. Aku plak yang rase surprise.

19 March 2011.. Incik Rushdan terpaksa pegi Nationwide untuk mengambil bungkusan sebab tym anta tu die takde kat umah.. & sebenanye suprise dah tak jadi sebab.. Siva ( Bukan nama sebenar ) penghantar Nation Wide punye pasal tak nak telefon die. kat bungkusan tu tulis no fon aku.. sah2 la kantoi! aku dah siap mesej kasi no telefon, die wat tak tau je..huh. hampeh! Tapi takpe sebab hasilnye...

Taraaaa...

See the keteta..Kereta tu buat daripada White Chocolate yang sedap!

Kak Lya, Thank you so much okey. Tak payah bayar deposit atau pape.. Dah siap buat baru aku bank in kan..harganya cuma RM60 include postage..sangat berpatutan kan.

Kawan2 ku sayang, aku dah dapat idea untuk kite punye konvo..every chocolate must have our name!

Rushdan, Thanks sebab menghargai..senyuman & ucapan terima kasih dah cukup buat kite bahagia!

Kepada sesape yang berminat detail nye seperti kat bawah ye :



Million thanks Briiliant Chocolate!

Masuk je umur 29 Tahun.. Incik Rushdan trus praktis nak jadi papa mithali..ngeh3..
See...


Ampon sayang! Birthday Boy tak leh marah2! hahahaha..wek!

Tuesday, March 15, 2011

So Seteresss..

Ok. saya tengah stress sekarang & sebab stress gak la saya bahasakan diri 'saya'..Sebab, tak nak terlepas perkataan2 yang tak sepatutnya di blog ini. Dengan 'saya' mungkin bole sopan sikittt..sikit pun cukup. Sebab stress? macam banyak je sebab, tapi lebih kepada personal. so, tak yah citer.

1st, laptop saya rosakkk.. Benci ! Actually, laptop tu dari mula beli memang banyak menguji kesabaran saya tau tak. Tapi, saya tetap bertahan sebab mak atau sedara mara saye takde kedai laptop lagipun tanggungan melalui PTPTN. Haruslah bersyukur dengan apa yanga ada. Sebab tu la saya hilang idea nak post pape kat blog ni..

Ni saya pakai PC office, pun same menguji kesabaran, dah la lembap,PC zaman 70-an plak tu..PC yang besar TV jenis lame tu..kalau bayangkan TV jenis LED memang silap bayang, tukar TV zaman 70-an. Ha..camtu la..Dahla pendrive tak leh detect, pastu cari gambar kat google pun kena tunggu 2 jam. Sebab tu la post ni tak bergambar. sedih kan.

Seterusnya, saya nak g tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa. Ok. Rushdan cuti Isnin, Selasa. So, saya assumed dia akan datang bawa saye keluar isnin malam, dating2 jap..pastu balik..saya dah plan dah nak kasi alasan ape kat mak saya sebab nak keluar malam..Tapi.. Dia tak mao kua ngan saya. Dia ade plan lain. so sedihhh! so, saya post kat FB esoknyeee ( Hari ni ) dengan harapan dia membaca, walaupun harapan cuma tinggal harapan..sob3.

Takpe. Saya faham dia bizi nak uruskan macam2 terutamanya insurans kete die. Bulan 5 ni dapat duit insurans tu dia tak masuk minang saya saya kokak2 perot die yang makin ke depan tu. tengok la. ^^

Lagi, Semenjak 2 menjak ni saya asik kena kacau dengan lelaki2 gatal yang datang kat resort ni. 2 malam lepas terjadi perkara yang memalukan bila saya dipermainkan. ceritanya..
This client datang with 2 orang anak die dalam lingkungan 3 & 5 tahun. wife die? tak termasuk dalam Standart operating Procudure untuk tanya soalan tu. So, saya tak amik tau apesal dia datang tanpa wife.
Then, die minta order ala-carte. At the same tym ade la lagi 2,3 family yang turut makan kat cafe tu. Tetibe..

"Fidah, mehla teman abang makan."  Tak yah bace 2x..memang dia bahasakan diri die 'Abang' Yukssss..

"Takpelah En. Zafar (Bukan nama sebenar), saya ada kerja. Jawab aku sopan. dalam hati memang bertimbun sumpah seranah.

Ok. Semua mata yang ada memandang aku! s**t !!! Ha..kan terkeluar gak mende tak senonoh. perkataan 'saya' tetap tak mampu membendung kata-kata luar biasa ini.

"Eiii..sombong la fida ni.." Aku senyum & trus bla..Sebab senyum? hujung bulan ni gaji aku still masuk dalam Bank Islam. Klu tak, aku dah bagi sumpah seranah.

Ok. pembetulan ye..Saya Resort Officer bukan Guest Relation Officer nak kena teman2 makan, suap2, tergedik2..huh. I hate this type of JANTAN! Hope NOT to see u again!

Banyak lagi..tapi, masa dah abess...nak balik! 2 weeks to go untuk jadi penganggur! Yeay!

Saturday, March 5, 2011

Impian kamu..Harapanku!

Sekarang ni mood tengah rindu kawan2..lagi2 bila z tagged gambar lame..betul, susah sangat nak describe rindu yang bergunung ganang ni. Okey tak pe. Rindu itu indah!


Gmbar yang di tagged oleh z, walaupun aku hanya sebatang camera..Ceh. Tq z tagged aku ;P

Fyra, congrats for u'r first job! kte doakan segalanya baik & awak dapat yang terbaik.

Khalid, Hopefully gak ko dapat keje.. not to worry, akan ada manisnya dari buah kesabaran. mungkin ALLAH bagi ko rezeki lambat sebab dia nak uji ko & bagi yang terbaik.

Aku? Resignation letter dah sampai ke pihak yang sepatutnya menerima.

Sekarang ni aku still create plan untuk masa depan aku.....& dia.. InsyaALLAH, pas effective perletakan jawatan aku ni semuanya dah cukup untuk flow step by step ape yang aku rancangkan.
Seriusly, aku kuat sebab dia yang sentiasa ada di sisi aku. Sentiasa support aku & setiap kata2 dia penguat semangat bagi aku.

Thanks Rushdan!

Edi nikah hari ni. tapi aku tak dapat ikut sebab..of kos la tuntutan keje! Pagi tadi sempat singgah umah Mak Leha..Ok. semua mata pandang aku...Aku dah tau dah maknanya..Cam nak lariiii..

"Tinggal kamu ngan Zaidah je lagi ni, Jangan banyak main sangat, serius sket! Mak kamu ngan aku ni dah tua!" Mak Leha

"Kamu rancang ke? Plan elok2..Jangan la tak jadi lagi kali ni!" Kak Lili

"Neti nak kawin? Hahahaha...." Along

"Dik, Selagi akak tak kawen, kamu jangan ngade cakap nak kawen!" Aku

"Kalau ada orang masuk minang Zaidah tu, aku kawin kan je, settle semua. senang!" Mak Leha

Cheiyt! Pe ni !

Aduiii.. Ni la topik paling malasss aku nak join. sebab aku lah sasaran utamanya.. tensen ah!

Paling aku marah mestila Along aku...gelak jahat! Huh. Okey! silapnye aku gak, dulu kuat sangat mengata die..konon2 aku membayangkan die tukar lampin anak tym dah bongkok sebab kawen tua.. Last2 pas die kawen, die kasi balik serangan balas. Ceh. Tak sopan!

Alaaa..Baru 25. Kak Lya dulu kawen 26.. Setahun g..Setahun tu macam2 bole jadi tau.. Haaa..ayat penyedap ati!

Sebenarnye, aku takde la fikir sangat pasal bab ni. Walaupun, kekadang jeles gak la tengok kawan2 dah bersuami. Sebabnye, aku still lagi membina imaginasi, ha..bahasa motivasi gitu..ahaks! imaginasi untuk menggenggam master. Tapi, stress bab kawen tu datang bile aku dapat serangan2 macam pagi tadi..

Tapi, setiap kali aku Rushdan cakap pasal impian dia nak hidup ngan aku..Seriusly, harapan aku menggunung tinggi ! Serius aku tak nafikan impian aku lagi besar dari dia. Cuma kali ni aku lebih santai..sebab aku yakin..Kalau aku sebahagian dari tulang rusuk dia, ALLAH takkan pisahkan aku dari dia.

Paling indah, bila dia tau impian aku nak dapatkan master, dia bagi sokongan 100%.. Tapi, buat masa ni keutamaan aku ialah dia, Rushdan.. Mungkin step nya agak panjang untuk penuhi setiap keinginan aku tapi kalau aku percaya aku mampu, ianya tak mustahil kan.

Saturday, February 26, 2011

Masalah Wanita..

Tetibe..

Susahnye nak describe RINDU kan. When someone cross on ur mind tanpa sedar. suddenly! Pastu mule la, mengimbau kenangan bersama..kejap2 senyum, kejap2 murung, sampailah satu ketika air mata mengalir tanpa sedar...last2 pandang kiri kanan..Oh! hopefully no one see me like this! sebab.. tafsiran orang mungkin ko terlepas dari tanjung rambutan.. It happen when i rily miss someone.

Pastu mule la. fikiran meracau tak tentu pasal. ade je yang tak kena.. Rase nak marah takde sebab, rase nak melenting tak tentu pasal.. nak merajuk tetibe, moody..

Semalam dok depan pintu rumah aku, tetibe ayam jalak lalu depan aku, lalu takpe lagi..yang aku tak bley tahan die kibarkan sayap die depan aku. macam bagus je.. mungkin die nak tunjukkan die ade sayap, aku takde. Tapi tak perlu kot. Mungkin gak die akan pk aku akan dukung or peluk die sebab sayap die yang cantik.. Dia totally silap tym.

Tanpa berfikir panjang aku hadiahkan crocs adik aku tanda pujian terhadap kepak die yang cantik tu.. Sampai melompat ucap terima kasih. terus hilang tah p mane. padan muke!

Esoknye.. Sakit perut tak hengat..nak bangun dari kerusi pun malas. Kerusi kayu nampak cam katil yang ade tilam VONO.  Oh! Tandanya Incik PMS la ni. seksa beb.
Every month dia datang menjengah, kadang-kadang boleh dibawak berunding sakitnye, kadang-kadang memang tahap tak boleh.

Emosi tak payah citer..silap sikit je habiss.. & terkadang boleh berlanjutan ke 2 or 3 hari secara terus menerus.. Orang tak bersalah pun kadang2 jadi mangsa, orang bersalah apetah lagi kan.

Seriusly, situasi ni memang agak membimbangkan & menyerabutkan di kalangan para lelaki. Menadah diri untuk menjadi mangsa terutama dari Cik Girlfrin.

To Incik boifren, harap memahami. sekian. sob3.




Tuesday, February 15, 2011

Kasih Yang Takkan Pernah Hilang..

Menghargai..
only one word.. tapi, biasa camne korang nak gunakan this word pada seseorang, pada sesuatu atau pada banyak benda. just ask urself. Tapi, dalam hidup perkara ni la yang paling penting..sebab.. menghargai bermakna kita bersyukur & berterima kasih.

February.. banyak yang indah untuk tahun ni.. Syukur Allah masih bagi peluang kat aku untuk bernafas kat muka bumi ni dan yang pasti dapat bersama2 dengan orang2 yang aku sayang. yang pasti, makin hari, makin panjang list kesayangan & semuanya amat bermakna untuk aku.

10 Feb 2011.. Aida Birthday! last minute planning nak kasi suprised dak ni..Akhirnya menjadi gak. Bukan pe, aku pun dapat cuti last minute. Tapiii yang paling best sebab die memang sangat la tak sangka ngan suprise ni.. Urmmm..hahaha.. thanks a lot sayang ku Rushdan sebab saport pizza & secara tak langsung memenuhi keinginan aku nak makan pizza. Soleh pelakon terbaikkkk.. Khalid, beterbangan rindu dapat jumpe ko. apizz, thanks sudi join us.





Aida.. kawan pertama aku kat UiTM.. walaupun banyakkk sangat dugaan persahabatan kami tetap kekal sampai sekarang & hope hingga akhir hayat. Amin.


14 Feb 2011.. Ramai anti on this date bila wish for Valentine Days. Hahaha.. tapi bagi aku, hari yang indah ni aku nak amik untuk menghargai insan yang selalu bagi senyuman pada aku, dia yang selalu bersusah dengan aku, bagi semangat, kekuatan & yang paling penting sayangkan aku. Diaa. Rushdan..
Kulakarkan sekeping kad cinta terindah tapi tercomotttt untuk dia.. hahaha.. sori sayang. tak kreatif.



Ape ada dalam kotak tu biarlah aku & dia je yang tau..hahaha..sebab. hadiahnyee klaka!
Thanks sayang untuk segalanya. InsyaALLAH.. semoga semuanya berjalan dengan baik seperti yang kita harapkan. Amin.


Lagiiii.. 14  Feb 2011.. My Mum birthday! Terima kasih Puan Robiah Binti Ahmad kerana melahirkan puteri yang ayu, cute & cun! Ok. sori.. terlebih. hahahaha.
& 11 Feb yang lepas.. Mak Leha ku sayang.. Juga, terima kasih untuk kasih sayang yang tak berbelah bahagiiii.. selalu gaduh2 tapi deep in my heart.. luv u so. so. so much!

And.. also planning for my Mum's birthday celebration. Harus!
Special thanks to Rushdan syg saport cake & kegigihan sayang carikan cake..Rily appreciate it! Butter cake from Secret Recipe! Yummy! sedappp!

lauk pauk yang amatttt menyelerakann...

kek from Incik Rushdan..

My Mum & Mak Leha Sayangg..

Telefon bertenggek kat telinge call Khalid sebab baru terkial2 nak blaja buat karamel telur.. Rushdan syg request. So, sangattt harus memenuhi permintaan itu dengan air tangan sendiri..hasilnyaaa...nyummy2..Sampai Rushdan makan tak toleh kiri kanan la.. kire ibarat klu harimau lalu pun nampak cam semut lalu ! Hahaha.
TQ Khalid..ko memang mentor yanggg bagus!


Khalid! hasilnyeeeeeee...Ngeee~

Palinggg best sebab hubungan aku & Incik Rushdan direstui..Alhamdulillah sangat. Syg, thanks for everything.




Monday, February 7, 2011

Totally Different !




Sekarang aku pasan something.. Asal ada waktu terluang aku banyak termenung, pastu tanpa sedar tetibe je hilang..sayonara.. hahaha..Bukak Bong punye blog, layan lagu "Aiseteru" ( betul ke ejaan die) tah. Terus terbuai2..Lame termenung sambil menghayati bait2 lagu tu.

Dah tiga bulan dok kampung, umah mak..Yeay! akhirnya..paling lama dalam rekod sejak umur 13 tahun. Cam tak percaya je. 

Tapi, aku dah rasa somethingggg yang paling tak besttt..Jiwa memberontak! Hahaha.. Dan bila tu terjadi trus aku sign in blog, p kat dashboard, new post & jari aku pun mula bergerak melahirkan kata hati.

It's totally different! Aku rasa kelainan yang sangattt susah nak describe sebenarnya. Ok. Straight to the point..Hati aku kat Shah Alam..

 Makkkkkkkkk!!!!!!!!!!!! Ampon!!! 
Takpe. aku yakin mak aku tak baca entri ni & beliau tak pernah tau pun kewujudan blog ni..ya! Aku yakin! 

Serius. Aku rasa lain sangat. tak tau camne nak gambarkan betapa lainnya perasaan yang wujud ni.. Kalau dulu asal aku balik Sabtu, Ahad..biasa aku yang akan kemas rumah, kalau rajin..masakkan makan tengah hari..tapi yang ni paling tak selalu la..basuh kain, lipat baju..hepiii sangattt buat sume tu.

Sekarang...
Bangun tido, sarapan dah tersedia + air teh..pegi keje..tengahari balik makan dah tersedia atas meja..Balik petang kain baju dah berlipat siap tersusun kat atas katil, karpet dalam bilik clear. habuk takde.

Yeee. Sangatlah heavannye! Tak sebenarnye okay!

Aku tak nak semanja ni.. Tapi, seriusly, aku takde masa nak buat semua tu.. aku keje pagi, balik malam. cuti pun tak menentu. u know smthing..i think i bring her more burden. Oh! Sepatutnya aku yang buat semua tu untuk dia.

Dan.. satu lagi.. Aku rasa aku lebihh banyak senyap dari berkata2. Lebih banyak takde perasaan dari ketawa.
Secara amattt seriusnya, aku rindukan Shah Alam..& secara amatt tak patutnya, badan aku je yang ada kat sini, hati aku kat Shah Alam..

Rindukan kehidupan yang dulu. Dengan kawan2..Turun basuh baju pakai mesin 2.50..Sabtu, Ahad same2 gotong royong kemas rumah..Kalau rajin masak sama2.. Yaaa.. amat rindu!

Setiap kali tu la aku sangattt perlukan cuti.. Shah Alam.

Bertambah2 meronta2 bila inbox masuk " Weh, bila nak turun Shah Alam?".. Bila YM ngan soleh, Soleh akan tanye "Bila cuti? mai sini"..Bila  Amir tanye bila nak turun KL walaupun dia tak penah mengaku nak jumpa aku, nak dok umah tak nak terserempak dengan aku sbnanya.Konon!..
Seronok bila ada kawan2 yang sentiasa ingat & menghargai waktu bersama.

Sekarang balik keje je dok terperap dalam bilik, baca buku..or maybe tengok Tv selagi ade citer.. Bezaaanya dengan dulu.. Balik keja, mandi..mesti Soleh ajak kuar..lepak, gelak2..hilangkan tensen., Kalau bosan, p uptown Shah Alam..p tengok selipar.memang kebiasaan dak sekor ni..selipar. selipar. selipar. or tengok orang karaoke.. Kalau ramai2 continue lepak kat Dataran Shah Alam..gurau2, gelak2..

Mungkin aku dah biasa berdikari..& aku mula rasa janggal dengan semua ni..Dan.. Aku rasa betul2 totally different!


Saturday, February 5, 2011

It's Hard !

Dua hari ni cuti bagi kebanyakan orang. Tapi, bagi sedikit orang adalah tetap hari untuk bekerja & aku tergolong dalam orang yang sedikit tu.
Dan.. Hari yang cukup  memenatkan.

Semalam.. Dalam pukul 5 aku balik rumah sekejap. memang sangat tak terkata penatnya. sangat. Memang hari yang amat memenatkan.. Aku kerahkan tenaga untuk terus bekerja. Mak cakap...

" Arwah abah awk tak tinggalkan mesin cop duit belakang rumah."

Masuk je bilik aku nangis.. Sebab? Hahahaha.. nak citer pun klaka.. sebab aku rasa penatttt sangat

Penat pun nak nagis kan..cengeng kata orang tua2..maknanya.. sikit2 nak nangis, sikit2 nak nangis.

Tak. Bukan camtu..Aku cuma teringat setiap kata2 arwah ayah aku dulu..

Ayah aku cakap, kalau malas belajar, keje susah. "Nanti dah besar, ko taulah camne susahnye cari duit."

Dan.. aku merasainya sekarang.. betapa susahnya mencari rezeki..

Ayah aku tak pernah bagi sebijik2 pe je yang aku nak.. Tapi, klu nak something mesti kena usaha dulu. Dulu2 aku ingat lagi aku ak mintak sebijik beskal. Ayah aku suh p kutip cili belakang rumah. cukup sekilo baru dapat beskal. Aku pun usaha gak kutip. 2 hari baru dapat sekilo. panas & penat tak usah kate la. kecik lagi tym tu tapi dah boleh ingat.

2 minggu lepas tu aku dapat beskal. suka tak terkata. sampai tido atas beskal.

Aku yakin, ayah aku bukan seorang yang kedekut atau berkira.. tapi, dia nak ajar aku.. memenuhi apa yang kita inginkan itu bukan mudah, perlukan usaha.

Sampai besar, remaja & jadi sedewasa ni. Aku sentiasa berusaha untuk dapatkan apa2 yang aku nak. Sampaikan degree aku, sepenuhnya duit PTPTN. kalau ade pun terdesak baru mintak pada mak. sejimat2 yang boleh. Walaupun setiap kali mak tanya ada duit ke tak, tak pernahnya jawab ada, mesti takde.  Haha.

Tapi betul cakap ayah, takde apa yang mudah dalam dunia ni.. kalau kita nak kita kena usaha.. Jangan pernah harapkan orang.. Buat kalau kita rasa mampu..begitu juga setiap keputusan & pilihan..

Aku totally mempunyai hak sepenuhnya ke atas diri & hidup aku.

Aku sedang melakukan itu, memenuhi setiap apa yang aku inginkan dengan usaha sendiri selagi termampu. & menentukan jalan hidup aku..Semua ni pengajaran yang amat beharga buat aku. supaya aku kuat mungkin. Aku yakin, ALLAH telah mengatur segalanya dengan baik.

........................................................................................................................................................

Aku harap entri sedey kat atas tu menjadi la.. Khalid, selaku pembaca setia luahan hati aku ni.. baca jangan dok gelak plak.. sedey tu.. patut ko baca harus nanges beb. Hahaha..

Juga BongSyg & FyraMok.Hahaha... Sayanggggg korang.. Muahxxxx...

It was simple life. my life. but, hard. Sekarang ni tengah berjauuuuuhhhhan ngan Incik Rushdan Sayangggggg. emosi pelik2 je yang datang.

Sayang, tym awak call semalam memang ngah nanges sebab penat. Sebab tu kite balik umah senyap2 tak mesej awk..dan2 plak awk call, cam tau2 je..ishhhh.. Nak kasi tau awk  tapi t awak mesti gelakkan kite. sob3..
Tu yang kite balik senyap2 tak kasitau awk tu, tapi dan2 la plak awk call..tau2 je..tapi, awk tak tau pun kite nangis..wekkkk!! Hahaha..
"Sayang tido?"
"Yup sayang..tido."
Hahahahaha...Sayang! kite tipu sunat..Sayang jangan blaja tipu plak pasni.. pasang cctv kat perot die nanti..hohoho..

Tapi, sebab ade awk la dapattt je call rase hilang penat. happy sangat dapat manje2 ngan awk, gurau2..& awak tak pernah lupe kite. Bizi2 pun selalu je call, mesej..Tu yang buatkan kite makin sayangggg ngan awk.

Papepun..waiting for you nak makan Pizza + Mekdi + Chicken Chop together2...!!! Besttnyee..

Hari ni pun camni gak.. Biziiiiii sangat.. Nasib baik la client tak banyak karenah.. klu tak, maunye naik gak kemarahan aku.

For korang punye info, entri ni ditulis start kol 10.00 pagi & skrang dah kol 5.00 petang tp still tak terpost2 g.. & punggung aku baru dapat mencecah kerusi balik. fuh!

Tapi, tah kenape..aku tetap gigih nak mengepos.. Segigih tahan hati tunggu Incik Rushdan pulang..~__~..
Yehaaa...Pidah dah stat mengada...Hahahaha.. Dah! tak yah teruskan.. satgi korang nyampah..
Khalid! tak perlu kutuk aku! Hahahahaha... Wekk!