L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Thursday, December 27, 2012

Salam Rindu

It's a very2 long time tak updated! OMG... ok.. rindu sangat sebenarnya nak post and share everything tapi banyak sangat yang limited nyeee.. so blog dibiarkan sepi.. Tapi dalam hati cuma ada satu rasa.. i miss everythingg !!.

Ni pun tatau la berjaya ke tak nak post dengan ehsan Wireless KL ni.. dengan harapan je sebenarnya..

Dalam masa beberapa hari lagi da nak menginjak ke tahun 2013. Wow! pejam celik.. pejam celik dah menginjak setahun lagi umurrr.. ( Oh! after 9 months okey! ).. Dalam tak sedar je..

2012.. The best month i ever had.. Dalam tahun ni jugak la aku bertukar status dari single kepada berdua.. Alhamdulillah.. Akhirnya aku dipertemukan jodoh dengan insan yang amat2 aku harapkan daripada tulang rusuk dia aku diciptakan.. Dan.. akhirnya 01.06.2012.. aku disatukan & sah menjadi isteri buat Mohd Rushdan Bin Khamis.

And.. Now. today.  aftter 7 months becoming Rushdan's wife.. yes. i'm happy with my marriage.. Dan aku sentiasa mendoakan semoga kebahagiaan  ini berkekalan hingga akhir hayat.. Amin.

And.. also relationship with all my BFF..aku harap berkekalan hingga akhir hayat walau apa pun status kami.. and ...( banyaknyee and... haha ) until now, aku bersyukur sangat sebab persahabatan kami berkekalan same cam dulu2 ( tym bujang )

Okey stop dulu.. smg berjumpa lagi nanti.. Welcome 2013.. !!

Tag : Mohd Solleh, Mohd Khalid, Mohd Yusaimir, Fyra Faheerah, Nurra Aida << Stay Da Same >>

** Takde gamba sbb internet lembap ^^

Sunday, January 29, 2012

Berkursus KAHWIN...

:: 28 - 29 January 2012 ::

Medan MARA ::

Ye! Semalam and hari ni.. Aku ngan Rushdan telah berusaha menghabiskan kursus kahwin iaitu antara perkara paling. paling wajib sebelum kahwin & syarat untuk complete kan borang nikah! Dan.. Alhamdulillah.. Mission complete.

Bersyukur sebab semua penceramah adalah antara yang ter'best' .. Happening & asyik ketawa memanjang. So, tak de la rase stress sangat and yang paling penting tak sujud sahwi (mengantuk tersengguk2 ) bak kate salah seorang penceramah.. Haha..

DAN..

One step closer.. Ah! Pas je kursus ade  satu perasaan paling indah dalam hati ni. Perasaan yang sebelum ni macam samar2 tapi habis je kursus perasaan ni cukup jelas.. Perasaan untuk menjadi seorang isteri terbaik buat seorang bergelar suami.

Pastu terus terang aku cakap. Perasaan berkobar2 nak kawen tu len macam sangat. Then, Trus aku mulakan dari awal, merancang segala macam budget & kelengkapan untuk pihak  aku &dia..

Macam tak percaya.. Dalam masa lima bulan. gulpp.. diulangi.. 5 Bulan okey! besarkan angka.. Haha! Aku bakal bergelar isteri. InsyaALLAH.. Jika panjang jodohku bersama DIA dan jika memang telah tertulis sejak azali HAFIDHAH BINTI NORDIN itu tertulis buat RUSHDAN BIN KHAMIS.


                                                                         ************

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…


Wednesday, January 25, 2012

Ini Kisah Paling Indah KAMI.

Sabtu :: 21/ 01/ 2012 ::


Kami semua seperti yang dibawah ....


Ye.. Kami semua seperti yang diatas telah pun menjalan aktiviti BBQ at Pantai Bagan Lalang, Sepang Goldcost..

Dan..

Amat hepiiii sampai tak terkata sebab rase seronok bila dapat kumpul ramai2 & bergelak ketawa bersama walaupun agak tak lengkap tanpa kehadiran Fyra, Tapi yelaa.. Orang nak bertunang. Takot hilang seri.. katenyeeeee.. ^^



But.. We have fun together!



Dengan sony M-16.. Kami berposing sakan !


Iyeee.. Inilah kami yang gedixx....


Khalid Playboy? OMG!

 


Cuti2 Crazy Geng! Wehaaaa ^^



Ok. Ni gambar Kasih Sayang..Hehu.


Selepas bergedix sakan, kami menikmati makan malam yang sedappp bersama.. Dengan hidangan yang kami sendiri sediakan.. Mestilah sedap.. Kami yang masak sendiri tapi giant la yang perap ayam tu kan.. of kos! Tanpa Fyra sape la yang nak perapkan.. Keh3


Our Diner.. Yehaaa ^^


:: Tamat Hari Sabtu :: 


 Then, Hari paling membahagiakan ialah hari Isnin.. Sebab.. Fyra bertunang! Dengan Botak of kos!



Fyra, Congrats Dear!

Kite tumpang gembira untuk kebahagiaan awak..  And, It means both of us are totally NOT AVAILABLE!! Dah laku! Wehaaaa ^^




OK. I kasi Extra large sebab risau tak nampak cincin.. Keh3

Dan.. Bagi aku hari2 & detik2 indah ni menyebabkan aku tersenyum sepanjang masa. Menyebabkan aku terasa betapa bahagianya hidup aku & penting aku cukup rasa bersyukur dengan setiap detik paling membahagiakan dalam hidup aku bersama insan2 tersayang di samping aku.



Akhirnya.. Segalanya berjalan dengan baik seperti apa yang kami rancangkan.. More kepada angankan sebenarnyee.. Hee ^^

Tapi yang penting angan2 tu dah hampir jadi kenyataan.. Alhamdulillah. Berkat doa semua & rasa bersyukur tu cuma DIA saja yang tahu.

Cukup rasanya. Mahu tinggalkan noktah setakat ini.. Salam penuh kasih beserta cinta & sayang yang tak pernah berbelah bagi.


Sunday, January 15, 2012

Semalam yang indah!


Okey.. Dunno from where to begins, but last nite is wast rily2 precious nite i ever had !! Sebenarnye klu tanye bile date of our anniversary.. seriously, i can't answer it sebab memang tak de date rasmi.. But ikut perkiraan kami.. Yes. Our relationship complete one year!

We choose Haven Restaurant at Ampang Look Out Point.. Not "We" but totally my choice sebab aku suke sangat environment restoran die yang amat2 romantik.. Tapi, semalam keromantikan tersebut dicemari dengan lagu2 rock yang aku tatau atas permintaan siapa.. Tapi, aku layan je.. hehu.

Dan..

Sebelum malam semalam, sejak tengah hari lagi aku dah ke Central Market untuk mendapatkan something yang paling special. Dengan menggunakan name Nabiella, aku sorang berkejar ke CM untuk mendapatkan special present untuk si dia yang tersayang..

Tadaaa ....



Alhamdulillah.. Si dia suke sangat.. Asik senyum je.. And aku mestilah gembira & rasa amat dihargai.

Hidangan kami pada malam tersebut ialah :

Untuk Rushdan aku pilih Beef Ribs Steak, sebab dulu ade experience makan tym event with Tourism Selangor and superb BEST !!!


Nampak sedapkan.. And rasa die pun memang sangat sedap okey!

Aku plak pilih Chicken Chop Grilled special.. Ayam die okey2la.. tapi die punye Blackpaper sauce memang sangat sedap!


And..


We having perfect dinner together! It will be one of the beautiful memories for both of us!


Aku malas nak kire berapa kali Rushdan ucapkan terima kasih, walaupun die yang bawak aku.. Haha.. But, thats the things i rily like about him. Appreciation..

Thanks for all who always besides me.. For every single things we had go through together.. Mungkin agak terlambat aku nak wish HAPPY NEW YEAR.. Hari ni hari ke 15 di tahun baru.. Tapi bagi aku 2011 meninggalkan kenagan termanis dan terindah dalam hidup aku...

Aku mendapat kerja yang bagus, yang aku rasa bole dijadikan kerjaya, dengan offer yang bagus & gaji yang aku rasa okey untuk seorang fresh graduate yang tak de pape basic dalam bidang perkapalan.. But, Aku harus banyak2 sangat belajar..

Then, Aku telah dirisik oleh keluarga Rushdan & seterusnya bakal menjadi suri hidup Rushdan dalam masa enam bulan yang akan datang..INSYAALLAH..

Masih lagi memiliki kawan2 yang sentiasa ada disisi dalam setiap keadaan. Dalam waktu tawa & duka.. Selalu menghabiskan masa bersama. Saling berkasih sayang.. menghargai anugerah teragung kurniaan Ilahi itu.

Alhamdulillah... Aku harap 2012 juga akan membawa kegembiraan & kebahagiaan buat kami semua.. Semoga ikatan kasih sayang antara kita akan kekal selamanya hingga akhir hayat! AMIN...