L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Monday, May 30, 2011

Thank You ALLAH...

"Ya ALLAH, Terima kasih atas segala rahmat & kegembiraan yang telah kau kurniakan kepada aku. Aku amat bersyukur."


Rasa bersyukur ni cuma ALLAH je yang tahu. Alhamdulillah. Dari sehari ke sehari aku rasa makin happy & rasa sangat2 bahagia dengan apa yang aku miliki & terus terang, aku rasa hidup aku cukup sempurna walau masih ada banyak  perkara yang belum aku miliki.

Ada keluarga yang sentiasa meyokong setiap apa pun jua keputusan aku & sentiasa percayakan aku. Punya 2 orang ibu yang penuh kasih sayang & Abah yang sangat penyayang sampaikan aku tak pernah rasa kekurangan walau tanpa seorang yang bergelar bapa.

Kawan2 yang sangat baik.. Yang sentiasa ada bersama aku susah atau senang.. Yang tak pernah berkira apa pun.. Yang selalu cakap ok tanpa banyak alasan setiap kali aku perlukan bantuan. Yang sentiasa buat aku ketawa & ceria walaupun saling kutuk mengutuk. haha.
contohnye :



Berdasarkan gambar dia atas, agak2 ape persamaan & perkaitan yang boleh dirumuskan antara Mohd Khalid Ibrahin & Mohd Yusaimir Yusof..haha ^^..confirm aku kene maki ngan Khalid !!. Khalid, aku dah sedia ! haha^^

Ok. Sambung..

Mana lagi nak cari kawan2 yang sentiasa ada bersama kita masa kita betul2 tengah stress and need someone and they'r always be with you.. Tengok wayang sama2 tiap2 malam minggu.. Belanja kawan2 makan dengan duit gaji.. Seriusly, korang yang terbaik aku ada dalam hidup. 



Dan.. Dia yang menyayangi aku tak berbelah bagi. Aku yakin dah tak ada lelaki lain yang dapat menyayagi aku lebih dari dia sayang aku. Seorang yang selalu buat aku gelak tym aku ngah merajuk. Layan aku dengan baik & tak pernah berkasar sikit pun. Jaga aku dengan baik..

Selalu puji aku comel walaupun bibir aku bengkak macam ikan monyok sebab alergik lipstik, Sentiasa merindui aku walaupun baru je lepas 5 minit hantar aku balik, Suapkan aku makan bila aku tak selera sebab sakit perut * Buat2 tak selera sebenarnye ^^..  yang paling penting.. Menerima kawan2 kesayangan aku sebagai kawan2 dia juga..

Dan.. Bila tenung ke arah wajah dia.. dalam hati aku cakap.. U're the one who i will spent the rest of my life..Dear Rushdan. I Love u !



Satu2 nya perkara yang masih belum lengkap ialah kerja. Dan.. bila aku dah dapat, my life is complete. I will create it with full of happiness with the all the person that i love so much!


Friday, May 27, 2011

Song & memories


Sejak dengar lagu baru Stacy ni aku terus jatuh cinta dengan lirik die.. Memang superb marvellous lirik die.. sesuai sangat klu nak kasi kat Incik Boifren ^^..
Meh kite menghayati liriknye :

:: Ku sedar ku tak seberapa :: Jika dibanding mereka :: Yang jauh lebih megah dari diri ini :: Apa yang mampu ku berhias :: Hanyalah hati yang ikhlas :: Terpendam simpan untuk dia yang sudi ::


:: Mencintai aku dengan seadanya :: Mencintai aku bukan kerana rupa :: Dalam waktu sedu :: Dalam waktu hiba :: Ku harapkan dia rela :: Mencintai aku dengan seadanya :: Sanggup menerima insan tak sempurna :: Atau mungkin cinta sebegitu hanya :: Kisah dongeng saja ::

:: Belum pernah ku merasakan :: Dipeluk dalam dakapan :: Eratnya melindungi jiwa rapuh ini :: Sanubariku memerlukan :: Kehadiran seorang teman :: Tulus mencurah kasih sepenuh hati :: 

:: Mencintai aku dengan seadanya :: Mencintai aku bukan kerana rupa ::Dalam waktu sedu :: Dalam waktu hiba :: Ku harapkan dia rela Mencintai aku dengan seadanya :: Sanggup menerima insan tak sempurna :: Atau mungkin cinta sebegitu hanya :: Kisah dongeng saja ::




Dah berhari2 dah aku pasang lagu ni wat menemani taik telinge. Dah siap hafal lirik. Tym2 ni teringat la kat Zalikha Mohd..


Dedulu.. aku memang nek pening ngan minah sekor ni, mane tak nye..setiap minggu die akan ada lagu baru & Pelik..diulangi..pelik! Haha..sebabnye..lagu yang die pasang tu bukan lagu baru pun..kire lagu yang dah berumur gak la..Lagu Sheila majid kot! Haha

Tapi die baru download.. Haaa.tu la yang barunye.. So, setiap minggu or 3 hari sekali dia akan pasang lagu yang die baru download ni sepanjang hari.. kebarangkalian tu adela dalam tiga ploh pat ploh kali..

Tu klu full day kat umah..contohnye kelas cancel ke, kelas malam je ke..klu ade kelas pagi ngan petang..kire safe sket la..sket je..sebab malam die akan sambung..

Bile aku complain je die pun amik la ati aku..Die queue la 2 lagu..so, akan berulang la 2 lagu ni sepanjang hari..Haha..

Korang ade kawan pelik cam die tak?..Haha.. Nway.. Miss u Zalikha! We have a lots of memories together!




 Zalikha, miss our memories together!


Wednesday, May 25, 2011

Oh! My Fakulti

Fakulti Komunikasi & Pengajian Media...



Lame giler tak jejakkan kaki kat Fakulti.. Yang aku ingat paling. paling last tym hantar report  presentation praktikal dalam 6 bulan yang lepas. Tu la yang terakhir & aku ingat2 kire memang tu la pun yang terakhir.. huhu..

Tapi, tadi aku, Aida & Farah telah pun menjejakkan kaki ke Fakulti Komunikasi & Pengajian Media untuk hantar dokumen Master Bong..

Menjejaki tangga kejayaan yang dulu 4x (klu tym ade kelas 2x ) nek turun. mengah okey. Tetibe terfikir. Eh. gigih betul dulu nek turun tangga tu kan, ok. untuk segulung Ijazah yang dah pun berada dalam genggaman.

Kami namakan "Tangga Kejayaan"

Cukup untuk membakar lemak yang bersepah2 okey. Haha.. Tergelak bila ingat balik dulu gile tak puas hati  kat tangga ni..mane tak nye. Dulu tym aku dok hostel Sem 1,2 & 3 tangga ni tak beratap pun..terdedah camtu je..Pas aku dok Baiduri barula ade kemajuan sket. Tangga ni beratap tapi tetap dapat menyumbangkan bau ketiak okey. Haha

Fakulti MassComm still da same. Tak banyak yang berubah. Cuma board setiap fakulti dah tersusun dengan rapi pastu adela tertampal xtvt, gambar & information2 untuk setiap sequence. Eh. yeke baru tersusun. tah. tak pasan sebab yang aku tau aku tak penah amik port pun pasal board2 tu sume. hehe..


Board 228 ( Communication Management & Policy )

Pastu lepak makan kat cafe. kecewa sebab cekodok pisang paling sedap tak de ( act, salah satu makanan yang paling senang nak seludup bawa masuk kelas wat hilang megantuk tym lecturer mengajar..haha )

Bila dah siap2 kemaskini semua borang Bong & siap minta Fara and Aida double check baru la p hantar kat pejabat.



Nway, dapat gak lepaskan rindu pada Fakulti ( perlu ke statment ni?)..betul okey. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menimba ilmu.. kan.

To Bong & Farah :: wish both of you ALL THE BEST..

Monday, May 23, 2011

Pre-Convo Photoshoot :: gedix2 ::

 Lihatlah kegedikan kami...

By KameraMin :: www.KameraMin.com








 










Ni la antara gambar2 photoshoot gedix2 yang telah dijalankan pada 16 Mei, Sejurus je lepas amik jubah..
Antara lokasi kami mengexpose kegedikan ialah :
:: Dataran PTAR 1 UiTM
:: Air Terjun Depan pintu masuk Sek2
:: Dataran Rumput Shah Alam
:: Tasik Shah Alam

Act, ni antara yang telah diupload oleh incik Miin dalam Fb... Dalam masa seminggu insyaALLAH dia akan bagi CD yang mengandungi 400 ++ keping gambar2 gedix kami..OMG! hahaha..Okey..MassComm kan..haruslah.

Hasilnya, Oh! xcited nak tengok. tapi setakat yang diupload RM 300 yang dibayar sangatttttt lah berbaloi okey.

Billion & Trillion thanks kepada Incik KameraMin yang sudi melayani kegedikan2 kami semua..

Friends, 
I wish that day will never end... Rily happy with all of u!

Saturday, May 21, 2011

Hari paling indah ^^

Imbas kembali.........

16 mei 2011

Hari ambil jubah & pertemuan semula dengan kawan2 kesayangan.. YA ALLAH..xcited tak bleh nak luah dengan kata2. Rasa macam hepiiii sangat. sangat.
Pas amik jubah kami adakan sesi photoshoot. Even tak semua yang join but, rily enjoy.. Only 8 of us yang join..



Rily enjoy it.. Special thanks to Abg Miin & Abg Zack yang sudi melayani karenah kiteorg ni.. Lets introduce our handsome cameramans..

Cak !!!



And.. On My Big Day..


18 Mei 2011..


Hari yang tak mungkin aku lupakan..  Dah 2 hari berlalu. Macam tak sedar je. Cuba jugak nak post sesuatu tapi masa langsung tak mengizinkan. Badan pun rasa penat yang keterlampauan sebab dalam 2, 3 hari sebelum pun sibuk cari itu & ini untuk melengkapkan apa yang masih belum lengkap dengan ditemani oleh Incik Rushdan..

Alhamdulillah..Segalanya berjalan dengan cukup baik seperti yang dirancangkan. Dan.. Kehadiran Mak, Mak Leha, Abah, Adik, Wawa, Along, K.Eni & Rushdan Syg rily makes me happy.. thanks for ALL..I love u more than everythings.





To All my friends...

Korang.. Mengenali korang adalah perkara terindah dalam hidup ni. 3 tahun berlalu cepat sangat & semoga ikatan persahabatan kita akan kekal untuk selama2nya.. Sayang korang sepenuh hati.. & Hari ni, segala usaha & penat lelah kita telah terbayar.. Alhamdulillah ^^

* Malas nak upload gambar sebab nak upload makan masa 2, 3 jam..internet ala2 sipot sedut. huh.

Sunday, May 15, 2011

3, 2, 1.......... ^^

Hari ni dah hari ahad. tak sedar je masa berlalu dengan pantas. so, maknanya aku dah bermastautin kat Shah Alam ni dah masuk hari ke 6.. Hari ni mood memang besttt.. awal je bangun pagi sebab nak dating ^^.. 3 days to go. Macam tak percaya. xcited aku rase macam  aku bakal jadi seorang isteri. haha.

Actually, jubah untuk konvo dah pun berada kat aku. Hari jumaat ari tu p amik... Kebetulan yg tak berapa nak kebetulan. erkkk..  Hehe. So, by tomorrow tak yah la kot nak bersesak sangat nak p awal sebab nak dapatkan saiz paling comel. Bayangkan klu dapat saiz xxL? Macam aku cakap kat Z..Leh bagi Pakcik Mohd pakai sekali nek pentas sesame amik scroll.. Haha. gurau!

Tapi, nak tunggu esok tu rase lame sangat. sangat. sangat... Rindu kengkawan sebenarnye. Sekali dapat berkumpul. Rase heaven die  len macam. macam sekumpulan burung beterbangan yang dah terpisah dek angin yang kuat, pastu jumpa balik. Ha, lebih kurang camtu la.

Sesi photoshoot plak akan berjalan esok. WOW! Can't wait !!  Ok la, Billion, Trillion of thanks to Mr. KHALID sebab uruskan semua. Kalau bukan sebab ko, takde la sesi photo2 ni.. tapi, tu la ko kene Tq gak la kat diri aku yang sentiasa terpaksa mendengar keluh kesah ko ye Khalid.. Huk3.. 

Bile pas je hari Rabu, berdebar nak menanti hari Ahad lak. Oh. Oh. & Oh sekali lagi.. Yang ni klu ingat & terfikir leh keluar peluh jantan. Bila je cadangan ni diutarakan & aku setuju. Sejak dari hari tu la aku asik terfikir.. ni plak bukan xcited. Ni berdebar die lebih kurang seorang ibu nak tunggu kelahiran anak pertama.

Harap2 segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. InsyaALLAH.

Thursday, May 12, 2011

Relationship is ....

Like a "Jingsaw Puzzle"...


" Well, kalau kita nak main "Jingsaw Puzzle", biasanya kalau kita tak jumpa piece yang sesuai... Kita kena try banyak kepingan untuk jumpe piece dan sesuaikan dengan yang dah siap, kan?

Point being?

"Hubungan pun macam tu"...

Lets think what are the deep meaning inside..


Dipetik dari novel :