L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Saturday, December 10, 2011

Coretan yang lama ditinggalkan..

Dah terlau lama coretan blog ni ditinggalkan.. Bukan lupa, jauh sekali tak berminat, tapi kesuntukan masa membataskan segalanya.. Kadang2 rase rindu gak nak mencoret, berkongsi cerita, gelak tawa tapi semua tu macam agak sukar.. Sebulan sekali je dapat online.. sekarang laman muka buku pun dah lama ditinggalkan. tak macam dulu..

Dah terlalu jauh melangkah, terlalu panjang rase perjalan diharungi.. Ada waktu rase tak terhayun langkah tapi dengan adanya insan tersayang & kesayangan2 hati di sisi Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik.

Masa menulis ni tangan tak berenggang dengan 'backspace'.. Rasa ayat yang ditaip semua tak kena, tak menjadi.. Padam, tulis balik, padam & tulis balik.. tapi, ayat tetap rasa tak sedap dibaca.. Mungkin dah terlalu lama tak menulis.. semua berbeza.

Laman muka buku pun dah lama ditingalkan, seolah2 dah takde ape yang menarik nak ditatap.. Ada waktu tertatap perkara yang menyentap tangkai hati, terus ke log out.. malas layan perasaan. tutup cerita, semua pun dah berlalu..

Sepatutnya semua tu perlu diremoved tapi masih dibiarkan.. untuk berapa lama masih tak pasti, selagi hati masih kuat mungkin.

Sekarang senang dengan kerja & kesayangan2 hati.. takde yang berubah..tetap masih sama macam dulu.. kesayangan2 hati masih dijadikan tempat bersandarnya gelak tawa, senda gurau & pelabuhan air mata bila perlu..

Mungkin perlu tinggalkan noktah di sini...

Sunday, September 11, 2011

Setelah sekian Lama...

Wehaaaaa.. Aku berjaya gak megonline hari ni.. Series skrang perkara paling teruja klu dapat online lagi2 ade peluang nak update blog.  Sekarang berada di Shah Alam.. Lame dah rase tak menginap kat Shah Alam ni..Sejak keje ni langsung dah jarang datang Shah Alam. But, Shah Alam always in my heart ^__^..

Semalam memang hepiiiiii sangat sebab dapat spent tym same ngan Aida, Amir & Khalid.. Shopping moping kat Uptowm pastu sesat kat Murni USJ.. 


"I MISS U" .. "POISON" .. "DON'T WORRY" .. Dan.. Camera Lumix baru orang tuuuu. ( Jari 5-5 tala ke Yusaimir ) Haha ^^

Special thanks kat Amir sebab blanjeee lagiiii.. hehehe.. Aku dah niat, tapi ko kua duit dulu tapi pahale share ye sebab aku dah niat awal2.. Haha ^^ & Aida sebab menggigihkan diri drive & Khalid sebagai tour guide separuh jalan sebab die naik sampan g Hawaiiii sebelum sempat sampai Shah Alam..

Reach home at 5am..wehaaa ^^.. Tu pun klu ikut Amir, ajak p tgk KLCC pulak sebab die nak kire KLCC tu bape tingkat.. Haha
But, Soleh tak join sebab kat KL..Takpe, Next week 'Raya Tak Jadi' okey!


Next topic...

Ade satu perasaan yang aku tak mampu nak  lukiskan dalam blog ni..Tapi, aku yakin walau setebal 857 muka surat manuskrip pun, walau sepanjang 44 hari bercerita pun, ianya masih tak dapat melahirkan rasa hati ni..

Ada satu rasa gembira yang tak mampu diungkapkan sekarang, tapi tak terkecuali rasa gugup, gementar, persoalan, sedih & macam2 lagiiii la... semuanya sebab CINTA, ikatan & kekecewaan.

Parah kan.

Terus terang, aku rasa hepiii sangat bila hubungan antara aku ngan Rushdan direstui oleh kedua2 belah pihak & hari jumaat yang bakal tiba ni akan memeteraikan satu ikatan hati antara keluarga aku & keluarga dia.. Tapi semakin hampir pada ikatan semakin banyak persoalan yang bermain kat fiikiran, makin banyak ujian yang mendatang?

Someone?

And.. Dalam keadaan yang macam ni kawan2 adalah perkara yang terlintas dalam kepala.. Oh! Camne agaknya aku nak hidup tanpa kawan2?? 


Dan.. Aku nak stop kat sini sebelum makin banyak aku melontarkan pertanyaan tanpa ada apa2 jawapan..





*Mungkin ada banyak persoalan yang tak memerlukan jawapan kan...

Monday, July 25, 2011

We Love you !

Wow Weee.. Sangat lame tak mengupdated.. Malas okeyy! Semalam ialah birthday Soleh Fathi.. My bestfriend ever! 
Soleh, Happy 25 Birthday.. Hope all your dreams come true! 
Tak sangka, perkenalan singkat bakal membuahkan persahabatan yang akan berkekalan hingga akhir hayat.. InsyaALLAH.. You are the best man i ever know!

And.. Last nite we celebrated with Blacforest King's Cake hasil kutipan 5hengget setiap seorang ..Nyummy3!






*Pic credit to Aida


Harap persahabatan kite kekal selamanya!

We Love you! 

Saturday, July 2, 2011

Like This!

Zalikha baru upload gambar konvo yang disimpan sekian lama.. Dah bersawang okey.. But, i like this pic so. so. so. much!


This Pic means lot!

Thanks Zalikha..Muahxxx ^^

Tuesday, June 28, 2011

Kalaula Jepon tu dekat...

Aku paling tak suke kalau kepale serabut. maknenyeee..banyak mende nak fikir ke, kecewa ke, ape yang aku nak tak dapat keee..Ah! tak sukeee!

Tapii Pidahh..Tu kan lumrah hidup! Ko bagus sangat ke semua yang ko nak ko dapat? Best sangat ke ko sampai tak nak rase kecewa, hepii je mamanjang..Kalau dah nama manusia, mesti kene tempuh punye semua tu.. Ok. Yelaaaaaa T__T

Bile aku serabutt?..Aku paling suke menyendirii, malas nak bercakap, gelak tak ikhlass.. Sebab tu aku tak suke masalah! Sebab masalah sebabkan kepale aku berputar ligat, memikir! Urghh!

Sekarang ni memang mood agak tak baik. tak..bukan agak..memang tak baik! So, maknanya aku suke bersendirian, malas nak bercakap, malas nak keluar lagi2 mendengar masalah orang..plus+++ boleh sakit otak nanti..

Kalau la Jepon tu kat dekat cam dari Shah Alam p Petaling Jaya.. Dah tentu 2,3 hari ni aku dok termenung bawah pokok sakura.. Macam ala2 orang putus cinta menanti kekasih hati kembali.. haha



Tapi..Jepon tu jauhh kot! Kat Malaysia ni pokok ketapang je yang ada.. tu pun horor semacam. Kang kire2 nak tunggu kekasih hati, yang lain plak datang. so, how?.. Dok je la umah.. lagi selamat. Sekurang2nya bahaya untuk disimbah asid dapat dijauhkan.

Arghh! mengarut dah aku neh.


Monday, June 27, 2011

Upset!

Lame tak updated..Bersawang habes blog aku..huh..Sebab?...

1. Internet takde!..klu semata2 nak g CC sebab nak updated blog memang tak la..

2. Mood tak okey. Sebab? Upset! Tipu! tengok ko happy go lucky je weh...Haha..memangla..Dalam hati ade orang tau? Takde kan..So?

Okey...

Sebab upset? tatau nak citer camne.. Tahla, ye aku tau bukan rezeki lagii & aku juga yakin yang ALLAH sedang menyediakan sesuatu yang terbaik untuk aku, tapi.. As a human..Perasaan upset tu tetap wujud. Rily2 need motivation.

Tapi aku tetap yakin dengan adanya Usaha + Sabar + Tawakal pasti yang terbaik menunggu.. ok. ni motivasi untuk diri aku sendiri.

Tukar topik ahh..Actually,

1st aritu niat nak updated pasal jumpe kengkawan kesayangan Esora, Syahila & Cangap..opss..Dayah..Haha..
Tapi, dah basi, lapuk..so, click jela kat URL ni ye 
::http://pschonur.blogspot.com/2011/06/with-isaurashahila-n-hafidah-at-kl.html :: (Ngap..benarkan aku amik URL ko ni ala2 kite ni partnership eh. Haha )

2nd.. Nak la updated pasal percutian 3 hari 2 malam ke PD with geng Cuti2 Crazy.. Pun tak kesampaian juga.. So, Khalid..Curik URL ko ye..Derma seikhlas hati.. Huhu..Click here 

Okey. Dah. Settle update mengupdated..Tq kengkawan sebab mempermudahkan kerjaku..Hehe

Sabtu 25/ 06.. Aku amik ujian berkomputer (Driving) & Alhamdulillah..Lulus! Woow Weee..Yeay! aku bakal memiliki lesen L tak lame lagi..*Kembang hidung..Alaaaa..aku dapat lesen tym umur 17 tahun..tak kecoh pun.. Kate orang yang iri hati.. Ade aku kesah?!

Sabtu malam.. Free driving class with Incik Rushdan. Oh! En. Abg ni memang suke kasi aku kelas memandu percuma. Cukup rela hatii.. Aku?? Sukeeeee sangattttt (Tangan ke bahu, mata pandang atas)..Haha..

Dan.. Malam tu aku dapat bergunung ganang pujian..

"Sayanggg dah terer bawa kete!"

"Dah terer dah sayang abang ni!"

Haaa.. tula antara kata2 yang berbau pujian & ransangan dari En. Abang bila aku mampu drive kat atas jalan raya yang lengang yang klu tengok maharaja lawak tengah2 jalan tu pun, confirm takkan kene langgar, pastu jalan raya 3 line..3-3 aku punye line, kete auto yang just tekan minyak ngan break je...^^
Pandai beliau amik ati aku kan..Pasni amik limpa, pedal, jantung plak keh! Haha.
Then, This coming Friday..

Interview ngan Boustead Holdings Berhad untuk Skim Latihan 1 Malaysia..Sumpah! Sangat Berharap!

Plisss..Pray for me!

Gambar sekadar hiasan..

Monday, June 6, 2011

Sad + Happyyyyy ^^

Dah lama tak updated. Sebab? line internet curik kat umah Aida dah takde! yes! sebab mungkin orang umah yang kteorg curik line tu dah balik kampung. Aku still lagi kat Shah Alam..Berapa lame? Tatau!!!

Dah makin stress sebab masih tak keje.

31/ 05/ 2011 :: Aku dapat interview kat satu event design company. PatternPink (M) Sdn. Bhd. Criteria untuk diterima bekerja semua complete tapi... hanya satu sebab..Lesen. So, makanya, harapan tu punah. Kecewa? yes! Sumpah kecewa!

Esoknyee :: Aku trus p daftar nak amik lesen kat Kelas  Memandu Bayu, depan umah aida.. Tu pun malam semalam dah benanah telinge kene bebel ngan Aida,Soleh, Khalid & Zalikha..Rushdan? Usah citer.. Lagi panjangggg..

Dan.. Setakat ni still lagi tak dapat mane2 interview..sedih sebenarnyeee...

Semalam 05/ 06/ 2011 :: P Semenyih.. Buat pe? Jumpe Family Rushdan.. Tanak citer banyak cuma nak ucap syukur jeee...ALHAMDULILLAH..Terima Kasih Ya ALLAH.. ^___^


Monday, May 30, 2011

Thank You ALLAH...

"Ya ALLAH, Terima kasih atas segala rahmat & kegembiraan yang telah kau kurniakan kepada aku. Aku amat bersyukur."


Rasa bersyukur ni cuma ALLAH je yang tahu. Alhamdulillah. Dari sehari ke sehari aku rasa makin happy & rasa sangat2 bahagia dengan apa yang aku miliki & terus terang, aku rasa hidup aku cukup sempurna walau masih ada banyak  perkara yang belum aku miliki.

Ada keluarga yang sentiasa meyokong setiap apa pun jua keputusan aku & sentiasa percayakan aku. Punya 2 orang ibu yang penuh kasih sayang & Abah yang sangat penyayang sampaikan aku tak pernah rasa kekurangan walau tanpa seorang yang bergelar bapa.

Kawan2 yang sangat baik.. Yang sentiasa ada bersama aku susah atau senang.. Yang tak pernah berkira apa pun.. Yang selalu cakap ok tanpa banyak alasan setiap kali aku perlukan bantuan. Yang sentiasa buat aku ketawa & ceria walaupun saling kutuk mengutuk. haha.
contohnye :



Berdasarkan gambar dia atas, agak2 ape persamaan & perkaitan yang boleh dirumuskan antara Mohd Khalid Ibrahin & Mohd Yusaimir Yusof..haha ^^..confirm aku kene maki ngan Khalid !!. Khalid, aku dah sedia ! haha^^

Ok. Sambung..

Mana lagi nak cari kawan2 yang sentiasa ada bersama kita masa kita betul2 tengah stress and need someone and they'r always be with you.. Tengok wayang sama2 tiap2 malam minggu.. Belanja kawan2 makan dengan duit gaji.. Seriusly, korang yang terbaik aku ada dalam hidup. 



Dan.. Dia yang menyayangi aku tak berbelah bagi. Aku yakin dah tak ada lelaki lain yang dapat menyayagi aku lebih dari dia sayang aku. Seorang yang selalu buat aku gelak tym aku ngah merajuk. Layan aku dengan baik & tak pernah berkasar sikit pun. Jaga aku dengan baik..

Selalu puji aku comel walaupun bibir aku bengkak macam ikan monyok sebab alergik lipstik, Sentiasa merindui aku walaupun baru je lepas 5 minit hantar aku balik, Suapkan aku makan bila aku tak selera sebab sakit perut * Buat2 tak selera sebenarnye ^^..  yang paling penting.. Menerima kawan2 kesayangan aku sebagai kawan2 dia juga..

Dan.. Bila tenung ke arah wajah dia.. dalam hati aku cakap.. U're the one who i will spent the rest of my life..Dear Rushdan. I Love u !



Satu2 nya perkara yang masih belum lengkap ialah kerja. Dan.. bila aku dah dapat, my life is complete. I will create it with full of happiness with the all the person that i love so much!


Friday, May 27, 2011

Song & memories


Sejak dengar lagu baru Stacy ni aku terus jatuh cinta dengan lirik die.. Memang superb marvellous lirik die.. sesuai sangat klu nak kasi kat Incik Boifren ^^..
Meh kite menghayati liriknye :

:: Ku sedar ku tak seberapa :: Jika dibanding mereka :: Yang jauh lebih megah dari diri ini :: Apa yang mampu ku berhias :: Hanyalah hati yang ikhlas :: Terpendam simpan untuk dia yang sudi ::


:: Mencintai aku dengan seadanya :: Mencintai aku bukan kerana rupa :: Dalam waktu sedu :: Dalam waktu hiba :: Ku harapkan dia rela :: Mencintai aku dengan seadanya :: Sanggup menerima insan tak sempurna :: Atau mungkin cinta sebegitu hanya :: Kisah dongeng saja ::

:: Belum pernah ku merasakan :: Dipeluk dalam dakapan :: Eratnya melindungi jiwa rapuh ini :: Sanubariku memerlukan :: Kehadiran seorang teman :: Tulus mencurah kasih sepenuh hati :: 

:: Mencintai aku dengan seadanya :: Mencintai aku bukan kerana rupa ::Dalam waktu sedu :: Dalam waktu hiba :: Ku harapkan dia rela Mencintai aku dengan seadanya :: Sanggup menerima insan tak sempurna :: Atau mungkin cinta sebegitu hanya :: Kisah dongeng saja ::




Dah berhari2 dah aku pasang lagu ni wat menemani taik telinge. Dah siap hafal lirik. Tym2 ni teringat la kat Zalikha Mohd..


Dedulu.. aku memang nek pening ngan minah sekor ni, mane tak nye..setiap minggu die akan ada lagu baru & Pelik..diulangi..pelik! Haha..sebabnye..lagu yang die pasang tu bukan lagu baru pun..kire lagu yang dah berumur gak la..Lagu Sheila majid kot! Haha

Tapi die baru download.. Haaa.tu la yang barunye.. So, setiap minggu or 3 hari sekali dia akan pasang lagu yang die baru download ni sepanjang hari.. kebarangkalian tu adela dalam tiga ploh pat ploh kali..

Tu klu full day kat umah..contohnye kelas cancel ke, kelas malam je ke..klu ade kelas pagi ngan petang..kire safe sket la..sket je..sebab malam die akan sambung..

Bile aku complain je die pun amik la ati aku..Die queue la 2 lagu..so, akan berulang la 2 lagu ni sepanjang hari..Haha..

Korang ade kawan pelik cam die tak?..Haha.. Nway.. Miss u Zalikha! We have a lots of memories together!




 Zalikha, miss our memories together!


Wednesday, May 25, 2011

Oh! My Fakulti

Fakulti Komunikasi & Pengajian Media...



Lame giler tak jejakkan kaki kat Fakulti.. Yang aku ingat paling. paling last tym hantar report  presentation praktikal dalam 6 bulan yang lepas. Tu la yang terakhir & aku ingat2 kire memang tu la pun yang terakhir.. huhu..

Tapi, tadi aku, Aida & Farah telah pun menjejakkan kaki ke Fakulti Komunikasi & Pengajian Media untuk hantar dokumen Master Bong..

Menjejaki tangga kejayaan yang dulu 4x (klu tym ade kelas 2x ) nek turun. mengah okey. Tetibe terfikir. Eh. gigih betul dulu nek turun tangga tu kan, ok. untuk segulung Ijazah yang dah pun berada dalam genggaman.

Kami namakan "Tangga Kejayaan"

Cukup untuk membakar lemak yang bersepah2 okey. Haha.. Tergelak bila ingat balik dulu gile tak puas hati  kat tangga ni..mane tak nye. Dulu tym aku dok hostel Sem 1,2 & 3 tangga ni tak beratap pun..terdedah camtu je..Pas aku dok Baiduri barula ade kemajuan sket. Tangga ni beratap tapi tetap dapat menyumbangkan bau ketiak okey. Haha

Fakulti MassComm still da same. Tak banyak yang berubah. Cuma board setiap fakulti dah tersusun dengan rapi pastu adela tertampal xtvt, gambar & information2 untuk setiap sequence. Eh. yeke baru tersusun. tah. tak pasan sebab yang aku tau aku tak penah amik port pun pasal board2 tu sume. hehe..


Board 228 ( Communication Management & Policy )

Pastu lepak makan kat cafe. kecewa sebab cekodok pisang paling sedap tak de ( act, salah satu makanan yang paling senang nak seludup bawa masuk kelas wat hilang megantuk tym lecturer mengajar..haha )

Bila dah siap2 kemaskini semua borang Bong & siap minta Fara and Aida double check baru la p hantar kat pejabat.



Nway, dapat gak lepaskan rindu pada Fakulti ( perlu ke statment ni?)..betul okey. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menimba ilmu.. kan.

To Bong & Farah :: wish both of you ALL THE BEST..

Monday, May 23, 2011

Pre-Convo Photoshoot :: gedix2 ::

 Lihatlah kegedikan kami...

By KameraMin :: www.KameraMin.com








 










Ni la antara gambar2 photoshoot gedix2 yang telah dijalankan pada 16 Mei, Sejurus je lepas amik jubah..
Antara lokasi kami mengexpose kegedikan ialah :
:: Dataran PTAR 1 UiTM
:: Air Terjun Depan pintu masuk Sek2
:: Dataran Rumput Shah Alam
:: Tasik Shah Alam

Act, ni antara yang telah diupload oleh incik Miin dalam Fb... Dalam masa seminggu insyaALLAH dia akan bagi CD yang mengandungi 400 ++ keping gambar2 gedix kami..OMG! hahaha..Okey..MassComm kan..haruslah.

Hasilnya, Oh! xcited nak tengok. tapi setakat yang diupload RM 300 yang dibayar sangatttttt lah berbaloi okey.

Billion & Trillion thanks kepada Incik KameraMin yang sudi melayani kegedikan2 kami semua..

Friends, 
I wish that day will never end... Rily happy with all of u!

Saturday, May 21, 2011

Hari paling indah ^^

Imbas kembali.........

16 mei 2011

Hari ambil jubah & pertemuan semula dengan kawan2 kesayangan.. YA ALLAH..xcited tak bleh nak luah dengan kata2. Rasa macam hepiiii sangat. sangat.
Pas amik jubah kami adakan sesi photoshoot. Even tak semua yang join but, rily enjoy.. Only 8 of us yang join..



Rily enjoy it.. Special thanks to Abg Miin & Abg Zack yang sudi melayani karenah kiteorg ni.. Lets introduce our handsome cameramans..

Cak !!!



And.. On My Big Day..


18 Mei 2011..


Hari yang tak mungkin aku lupakan..  Dah 2 hari berlalu. Macam tak sedar je. Cuba jugak nak post sesuatu tapi masa langsung tak mengizinkan. Badan pun rasa penat yang keterlampauan sebab dalam 2, 3 hari sebelum pun sibuk cari itu & ini untuk melengkapkan apa yang masih belum lengkap dengan ditemani oleh Incik Rushdan..

Alhamdulillah..Segalanya berjalan dengan cukup baik seperti yang dirancangkan. Dan.. Kehadiran Mak, Mak Leha, Abah, Adik, Wawa, Along, K.Eni & Rushdan Syg rily makes me happy.. thanks for ALL..I love u more than everythings.





To All my friends...

Korang.. Mengenali korang adalah perkara terindah dalam hidup ni. 3 tahun berlalu cepat sangat & semoga ikatan persahabatan kita akan kekal untuk selama2nya.. Sayang korang sepenuh hati.. & Hari ni, segala usaha & penat lelah kita telah terbayar.. Alhamdulillah ^^

* Malas nak upload gambar sebab nak upload makan masa 2, 3 jam..internet ala2 sipot sedut. huh.

Sunday, May 15, 2011

3, 2, 1.......... ^^

Hari ni dah hari ahad. tak sedar je masa berlalu dengan pantas. so, maknanya aku dah bermastautin kat Shah Alam ni dah masuk hari ke 6.. Hari ni mood memang besttt.. awal je bangun pagi sebab nak dating ^^.. 3 days to go. Macam tak percaya. xcited aku rase macam  aku bakal jadi seorang isteri. haha.

Actually, jubah untuk konvo dah pun berada kat aku. Hari jumaat ari tu p amik... Kebetulan yg tak berapa nak kebetulan. erkkk..  Hehe. So, by tomorrow tak yah la kot nak bersesak sangat nak p awal sebab nak dapatkan saiz paling comel. Bayangkan klu dapat saiz xxL? Macam aku cakap kat Z..Leh bagi Pakcik Mohd pakai sekali nek pentas sesame amik scroll.. Haha. gurau!

Tapi, nak tunggu esok tu rase lame sangat. sangat. sangat... Rindu kengkawan sebenarnye. Sekali dapat berkumpul. Rase heaven die  len macam. macam sekumpulan burung beterbangan yang dah terpisah dek angin yang kuat, pastu jumpa balik. Ha, lebih kurang camtu la.

Sesi photoshoot plak akan berjalan esok. WOW! Can't wait !!  Ok la, Billion, Trillion of thanks to Mr. KHALID sebab uruskan semua. Kalau bukan sebab ko, takde la sesi photo2 ni.. tapi, tu la ko kene Tq gak la kat diri aku yang sentiasa terpaksa mendengar keluh kesah ko ye Khalid.. Huk3.. 

Bile pas je hari Rabu, berdebar nak menanti hari Ahad lak. Oh. Oh. & Oh sekali lagi.. Yang ni klu ingat & terfikir leh keluar peluh jantan. Bila je cadangan ni diutarakan & aku setuju. Sejak dari hari tu la aku asik terfikir.. ni plak bukan xcited. Ni berdebar die lebih kurang seorang ibu nak tunggu kelahiran anak pertama.

Harap2 segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. InsyaALLAH.

Thursday, May 12, 2011

Relationship is ....

Like a "Jingsaw Puzzle"...


" Well, kalau kita nak main "Jingsaw Puzzle", biasanya kalau kita tak jumpa piece yang sesuai... Kita kena try banyak kepingan untuk jumpe piece dan sesuaikan dengan yang dah siap, kan?

Point being?

"Hubungan pun macam tu"...

Lets think what are the deep meaning inside..


Dipetik dari novel :


Tuesday, April 26, 2011

Dun ever look back!



Mengenang pastu terkenang.. Ishhh.. It comes suddenly. Tetibe ada rasa sakit hati yang amat sangat. Puas pujuk hati..

"Tu kan kenangan" 

Tapi tu la..susah betul bila bercakap ngan hati, tak pernah nak mudah faham..kang klu cakap bahasa Jepun kang langsung plak tak faham.

Memang kan :: Terkadang hati selalu mengundur ke belakang..Merenung kembali sesuatu yang tak sepatutnya perlu dikenang.. Tapi, kalaulah punya ubat untuk menghilangkan kenangan terdahulu.Menghilangkan ingatan & segala yang terkait dengannya.

Itu kata hati aku...

Takde pun niat nak mengenang ngenang, nak bukak balik luka lama pastu lebih kurang cam curah minyak panas. Sakit okey! Tapi betul..it comes suddenly & its hurt!
Bila ingat balik..rasa nak campak semua  kenangan tu dalam laut paling. paling. paling dalam. OH!

Semalam berlakulah sesi luahan hati + perasaan + emosi ngan Rushdan. For the 1st time aku rase bersyukur yang teramat sangat sebab memiliki seorang lelaki yang sangat understanding.. 
Mula2 aku memang ragu2 sangat nak citer ngan die.. Tapi, on that tym, i need someone to tell every single things, all my feelings & what my heart says..

Dan...
Bila aku citer.. unexpected !! langsung tak seperti yang aku duga. He's so smart, matang & yang paling penting setiap kata2 dia satu motivasi untuk aku.. something that i rily2 need !

Sungguh.. Dia anugerah terindah dalam hidup aku yang ALLAH gantikan bila aku let go seseorang satu waktu dulu.. Inilah hikmahnya. Terima Kasih Ya ALLAH !!

Dun ever look back! Ishh..memang tak nak pun.. Terkadang kenangan tu datang bukan di undang pun, tak menjemput pun..tapi, sesuka die je nak datang.. Pasrah jela.. Tapi pasni bila datang lagi kenangan2 yang mengusik jiwa tu..Sorry, tak layan okey! ( I hope so... )

Life must go on...grudges are waste of perfect happiness kan. Bersyukur dengan apa yang ada ye Cik Fyda ^^..Yup. I will !

Settle & Complete !!

Today :: Berada di Shah Alam..Tujuan utama untuk menyetelkan semua yang berkaitan dengan Konvokesyen. Seharian terkejar..Teman Aida bayar saman kete, pastu p bayar saman library, pastu p bayar yuran konvo & aku baru sudah isi kaji selidik KPT..Okey. Complete! Dah ready nak amik jubah, reheasal & Nek pentas bersarung jubah..^^..Syukur!

Everythings Ready :
1. Hutang Library - RM 1.80
2. Yuran Konvokesyen - RM 140.00
3. Kaji Selidik KPT
4. Baju baru - Makcik Biah settlekan
5. Heels 7 inci
6. Tudung baru same warna baju.. ( Tunggu Rushdan dapat gaji..heeee ^^)
16 hb Mei.. Pas Subuh..Jumpe untuk amik jubah okey! Yehaaaa ^^

Sunday, April 10, 2011

My Big Day ^^

Tarikh Konvo dah ditetapkan..It was on :

18 Mei 2011

Yeay! Orang pertama yang aku kasitau mestilah Incik Rushdan dengan pesanan..
"Abg mintak cuti okey!" 
Then die cakap..
"Okey sayang''..
Hati berbunga2..
Then, Family aku... Tapi Kak Lily ngan Kak Lya confirm la tak dapat datang sebab tym tu weekday..anak2 sekolah..
Takpe, yang penting..
Mak, Mak Leha, Abah WAJIB datang!
Kawan2 aku plak..Akmal awal2 g cakap bizi..Soleh plak 'InsyaALLAH'..Amir satu sidang ngan aku, tapi tak kire pas tu nak ko belikan bunga gak sejambak..yehaaaaaaa..
Plan aku plak, nak tempah coklat yang ada nama kami semua..MC 228! Oh! can't wait pastu :
 Tempah Baju
Beli Wedges 3 inci..Harus..
April..cepat berlalu okey!

Before that.. Hutang library..oh! No Pay, No Convo! Hahaha..Akan dilunaskan seberapa segera..^^

Sunday, April 3, 2011

It was precious night!

It happen last night..Together with Soleh & Aida pergi kenduri kawen Acai, Bestfriend Rushdan kahwin.. Seriously, it was a swettttt memories, it was precious memories.. Kenal kawan2 die & i'm happy with it! Lagi2 wife Peajay yang baik & cantik! All of them accept me & pray for me together with Rushdan.
& wasiat Acai.. Hahaha.. InsyaALLAH, i will take care of  Rushdan.
Abang, Thanks for every moment ^^







Soleh & Aida.. Thank you so. so. so Much! ^^