L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Tuesday, November 30, 2010

♥ Handle With Care ♥

Biase bace kan kat mane2 kotak selalu akan ade perkataan ni dengan logonya :




Ha..maknanya ialah barang yang berada di dalam kotak itu adalah barang yang mudah pecah seperti gelas, pinggan, mangkuk & barang2 kaca lain. Maka, amaran dikeluarkan untuk memberitahu supaya berhati semasa membawanya, mengangkatnya atau mengalihkannya.

Tapikan,..bayangkan bila ade orang2 yang sangat tak bertanggungjawab ni yang langsung tak kisah pun pasal amaran tu.. still gak tak mau jaga dengan baik, tym nak alihkan men campak2 je..

what happen?

Pecah beb. rosak. hancur!

Dah ade amaran tu.."Handle with care"..jaga la leklok beb.

Ko nak ganti ke ngan yang baru? kalau ko ganti pun lum tentu same sebijik macam yang da hancur. Tu pun kalau ko ade rase tanggungjawab nak ganti..lagi truk..tinggal..cabut!..

Cheiyt! tak sopan ! perkataan agak kasar..kurang ajor..

Dan...hati ♥ juga adalah sesuatu yang perlu di "handle with care"..So, sila jaga hati orang ngan baik okeh.



:: Bila hati ♥ retak seribu ::

Friday, November 26, 2010

My 1st SteP..



20 until 25 December 2010 :

Suria City Hotel Johor Bahru menyambut kedatangan aku untuk training the whole tentang hotel operation dalam masa 5 hari.

Aku ngan Nazril..Both of us..perasaan aku? Bosan!

Tapi seriusly, aku dapat pengalaman berharga.. Yang paling best aku suke sangat sume bos2 kat sane..sempoi, baik, tak kedekut ilmu & yang paling bestttt ialah beliau2 sume klaka & gila2..i loike! hak3..

Manager Suria City Hotel ialah En.Saiful berusia 26 tahun... Menjadi seorang manager pada usia 26? Oh! proud of u En. Saiful..

Then, yang len2 sume baik2 la kire..memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna..Chef Anuar yang penuh info berguna pasal masakan walaupun aku berminat..hak3..i hate masak2..

En.Shah yang agak pemalu but rily entertain...

En. Amri yang muke2 ala2 serius tapi lawak..

En.Zul yang sangat baik.. 

Adik yang peramah & sangat baik hati..

Kak Anom yang besttttt...Hahahaha...+ En.Khairoza..Abessss...

Huda yang sangat cantik & lemah lembut 

Kak Faezah yang sangat suke bercerita & to all.. Thanks gak kat Man yang last2 minit ajar wat napkin bunga ros, siput ngan lilin..sangat berguna..

Walaupun lah sangat2 bosan tapi sangat2 lah juga berguna & bermanfaat..

Dalam masa yang sama kau terpikir..Aku salah amik course ke? Haks..sume ni rezeki...

Ni langkah pertama aku..Kepercayaan yang Datin, Puan Dalina & Puan Melati bagi ni takkan aku sia2kan..


Experience tym kat D'Ark akan aku gunakan sepenuhnya. Then, Abg yang sentiasa ada untuk bagi aku tunjuk ajar pada aku bila aku perlukan..Tq..

Ape yang aku perlu blaja pas ni ialah Bahasa Inggeris yang tunggang langgang & juga buat promosi..

I will try my best..
InsyaALLAH.

Friday, November 19, 2010

Hey Lelaki !

Today : 19 November... "Hari Lelaki Sedunia"

Hohoho..Actually, baru hari ni pun aku tau tentang kewujudan hari lelaki sedunia. Seriesly, tak pernah lak tau. Kebetulan dengar Hot Fm pagi tadi.

So, buat semua lelaki2 & Jejaka2 semua...Selamat hari lelaki yang telah ALLAH cipta seorang perempuan dari tulang rusukmu..
"...Bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk djadikan alas... melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, bersebelahan lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk dicintainya…"
Ingat wahai sang lelaki..

Tugas kamu ialah untuk melindungi kaum hawa yang dianggap lemah.

Aku ingat satu perbualan tym aku ikut 'My Selangor Story' ngan TSSB dulu.. Our tour guide, Kak Ning tanye satu soklan...
"Siapa dia lelaki yang paling berani?"
Dan..Kak Ning jawab sendiri...

"Lelaki yang paling berani ialah lelaki yang berani mengakui kesalahan yang dilakukan !"

Aku setuju!
Aduyai Sang Lelaki..

Biasa la kamu kan dikenali dengan sifat ego yang kadang2 memang perempuan tak bleh nak faham.. Kalau salah mengaku je..Baru ah macho. Kalau sayang ke suke ke cinta ke cakap ah..kang melepas baru sebok nak menyesal..

Pastu plak..

Kalau tym nak.. bermati2an tu kejar..nak mendapatkan kononnye si jantung hati..Tp bile dah dapat tak pulak dihargai..Buat nampak tak nampak je...pelik ah korang neh. Aneh!

Hahaha..tapi tu lah ciptaan ALLAH yang punya keunikannya yang tersendiri.
Buat Lelaki2ku :

To ayah : Dah 12 tahun meninggalkan kami..Doa kami tak pernak putus moga rohmu dicucuri Rahmat.
To Abah ( Saaid) : U'r one in a million!

Soleh, Akmal, Khalid, Amir, Cam .. Korang lelaki terbaik & sahabat terbaik tym susah & senang!

Adikku.. Gigi ko jarang! Hak.hak.hak..

Buat semua lelaki..Haa..ni la korang yang sebenar kan...


*(Gambar : Credit to Fyra )




Wednesday, November 17, 2010

Jika Kita Tidak Diperlukan...

Tidak semua yang kita sukai akan kita perolehi. Itu hakikat kehidupan.Tanpa izin ALLAH, segala yang kita inginkan tak mungkin dapat kita miliki.

Setelah mendapat gambaran bahawa kita tidak diperlukan, Maka pergilah dari situ. Cubalah tuah kita dengan orang lain pula. Usah terus diburu orang yang jelas mengatakan;

"Saya tidak perlukan awak dalam hidup saya."

Usah kecewa sangat dengan hal semacam itu. Tidak semua yang kita sangkakan baik sebenar2nya baik untuk kita. Banyak juga buruk tetapi rupa2nya amat baik untuk kita.

Kita tidak mendapat dia hari ini & menyangka itu buruk sekali...

Tidak!..

Jangan silap...Mungkin itu amat baik untuk kita kerana ia membuka peluang bagi kita untuk mendapat yang lebih baik lagi.

Andainya kita terhenti di situ, peluang untuk mendapat yang lebih baik telah tertutup. Tidakkah itu sesuatu yang merugikan?

Kita selalu 'memaksa' TUHAN memperkenankan semua yang kita hajati. Hingga kalau kita tak dapat kita akan marah, merajuk dan menyalah2kan takdir.

Tetapi,

Apakah kita tahu apa akan jadi pada hari muka?

Apakah kita tahu dia yang kita buru sebegini dasyat pasti memberikan kebahagiaan kepada kita?

Tiada siapa mengetahuinya.

Malah,

Mungkin orang yang amat2 kita dambakan itu rupa2nya memberikan kita banyak masalah. Tidak sedikit orang yang berjuang bermati2an untuk mendapatkan seseorang, kemudian setelah mendapatkannya terpaksa berjuang bermati2an pula hidup dengan 1001 keburukan2nya.

Maka itu, jika kita rasa sudah tak diperlukan oleh se2orang, bawalah diri. Pergilah dari situ dan binalah hidup baru. Jelas, Dia bukan terbaik untuk kita. Orang yang sedia melukakan hati kita, tidak mungkin dia akan akan turut sayangkan kita sebagaimana kita sayangkan dia.

Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan insan yang salah supaya nanti apabila kita bertemu dengan insan yang betul, kita akan lebih menghargai pertemuan itu.

Apa juga di sekeliling kita tidak menjanjikan kebahagiaan buat kita. Yang kita sangkakan membahagiakan itu juga datang bersama masalah.

Kereta baru itu nikmat tapi kita juga dibebani masalah hutang yang banyak.

Dapat berkahwin dengan orang cantik/ handsome itu membanggakan, tapi kita juga dibebani cemburu.

Pendek kata, kesemua yang berada di sekeliling kita bukanlah teras untuk merasa bahagia tetapi yang dikatakan bahagia itu berada dalam diri kita sendiri.

Selamat berasa bahagia..hati ♥

Petikan dari :


(Bab 61 : Usah terlalu gilakan seseorang)


Monday, November 15, 2010

Aku Tanpa Facebook..


Aku tanpa FB? Susah nak explain ok..Sunyi. Sepi. Rase cam katak dok bawah tempurung..aku rase la sebab selama aku hidup memang tak pernah g dok bawah tempurung..Tapi dengan keadaan yang camni, aku cam dapat rase je camne perasaan si katak bile kat bawah tempurung..Lagi satu, camne orang yang menciptakan peribahasa ni tau eh camne katak dok bawah tempurung? musykil..Takpe! abaikan..tak masuk pekse.

Memang tak best..Tak tau pe jadi kat dunia luar..Tak tau pe kawan2 aku buat..Tak tau perkembangan terbaru pasal kengkawan.. huh. tak besttt!!

Yela kan...takkan sebab nak tau aku kene gigih sampai anta mesej kat sume orang semata2 nak tanye

"Weh, Watpe?"

"Oit, Katne?"

Kaya la pulak En.Celcom..

Pastu paling tak best sebab tak dapat share pe yang ade dalam hati. Aduyai. Stress beb.
Takkan la aku nak cakap kat adik ngan mak aku..

Sujud syukur! "Terima Kasih Ya ALLAH."

Paling2 pun mak aku akan komen :

"Da tu.. cakap je? P la buat!"

Adik aku plak mungkin akan komen:

"Da tu..ko nak aku tolong sujudkan?"

Aku nak balas pe? Memang tak kene ah.

Cube klu post kat FB....


Ha..20 comments k! See..camne aku nak hidup tanpa FB?!

Nasib baik hari ni aku dah mule keje.. 1st Day..Dapat la aku melayari internet dengan heaven nye..Heee~

Ala, 1st day kan..mane ade keje sangat..

Kalau lame lagi aku tanam anggur memang buat loan ngan Pn. Mak la nampak gayenye cari broadband.

Tapi..nasib baik la...

TQ ye Datin & Pn.Dalina terima saya bekerja!


Sunday, November 14, 2010

Syukur!



Alhamdulillah..Murah rezeki aku..

Dengan redha mak aku. Doa kawan2 aku..Aku harap takde halangan lagi untuk aku terus berjalan demi sesuatu yang bernama kehidupan.

Thanks sangat kat En.Nazri sebab evaluate aku besttt tym HQ call..

Alhamdulillah gak sebab hati ♥ aku tak sebok nak meragam lame2..Kalau tak haru gak aku nak pujuk..




Tuesday, November 9, 2010

1972 pelish!

Reversed balik 3 minggu lepas _24 okt 2010 :

Aku balik dari bertunang ain..Balik ngan En. Abg Duan. 

“Pidah ngan Ain kalau ade jumpe syiling tahun 1972 bagi kat Abg Duan. Abg Duan kasi 10 ribu.”

Today_06 November 2010 :

Kat umah Pak Itam Kat Ipoh. Balik dari kedah, merisik bakal orang umah abang aku.

“Kalau citer pasal duit syiling ni memang tak habis.” Kata Pak Itam. 

Tym tuh die ngah citer pasal duit syiling zaman dulu kala ngan Mak Leha & Abah aku. Aku tak amik port sangat. Macam tak masuk tajuk je nak join. Aku pun layan tb je.

“Tu pasal aku suka kumpul duit syiling. Satu pasu tu (sambil tunjuk arah pasu) penuh duit syiling aku kumpul.  Ade la kot dalam seribu ringgit.”

Ok. Aku agak xcited. Tapi, mak Leha aku lagi xcited rupenye.. Die trus p kat pasu tuh nak tengok duit agaknye. Die p nye gagau2 dapatla 2,3 ketul batu.

Aku ngan abang aku gelak je.

“Aku simpan dalam bekas dah Kak Yang. Aritu nak pindah kan susah la nak mengangkut dalam pasu tu.” Kata Pak Itam.  ‘Yang’ adalah panggilan pangkat untuk anak sulong orang perak okeh.

Pak Itam pun tanpa disuruh trus bangun p amik bekas duit syiling nye..Hahahaha..

4 bekas duit syiling yang diasingkan. 50 sen, 20 sen, seploh sen ngan 5 sen.


Banyak tuh. Aku pandang abang aku.

“Along! 1972!” 

Hahahahaha..aku mule dah. Teringat kate2 Abg Duan..Sebelum neh aku memang dah bagitau abg aku.

“Pak Itam terabur ah.” Abang aku mule dah. Pak Itam layan kan je.





Ekspedisi mencari pun bermula….





“Along! Memang takde ah.” Huh. Kebas kot tangan mencarik.. Ade la jumpe sekeping tapi 1971 !!!!!



Arghhhhh…

 “Kamu tau kenapa orang nak tahun tu??”Aku geleng pale je ah.
Pak Itam bukak citer.

“Memang takde la tahun tuh. Tahun tu memang orang tak buat duit syiling. Yang ade pun bunian yang bagi.. Mane yang terlepas2 tu yang nak pulang balik ni. Orang tu pulak kire nak pulang balik la hak bunian tu..Tu yang sebagai ganti boleh la mintak seploh ke dua puluh ribu ke.” Sumber dari mlut Pak Itam keh.

Eh. Duit syiling pun ade kene mengena ngan bunian eh?

Adehh…Sori la Along. Baru ingat nak support 2,3 ribu Along kawen nanti..Heh.

Nanti ah. Tie pulang balik hati Tie ni kat bunian. Mintak 2,3 juta..Tu pun kalau die nak terime la..Hahahaha..Mane tak nye, hati da hancur kot...Erkkkk~


Tuesday, November 2, 2010

Selamat Tinggal Kenangan !

Hati da semakin ok. Jiwa da semakin tenang. Emosi da makin stabil. Pedih da makin terubat.. walau terkadang rindu datang bertamu tanpa diundang segera aku cakap pada hati "Tak guna merindu orang yang dah lupakan kita." Hati mengangguk tanda setuju dan bibir menguntum senyuman yang paling indah. Segera tangan ditadah "Terima kasih Ya Allah bagi aku kekuatan yang bukan sedikit ini."

Sampai je kat kampung mak aku sambut dengan senyuman yang amat menawan. Bertambah-tambah menawan senyuman mak aku bila tengok barang2 yang aku angkut bawak balik. Dengan jelingan manja beserta kasih sayang mak aku cakap "Ko pegi masukkan sume dalam stor, barang2 mane tak pakai buang, bakar!" Hahahaha.. 4 kotak besar ngan 2 beg kain baju..Huh. nasib baik muat kete abg aku. Mau tak pening mak aku tengok barang..
Adik aku plak "Kak, ko kemas2 stor tuh kalau jumpe cicak mate merah tangkap..jual 30 ribu!" Ni sorang g..sejak aku balik memang keje kiteorg carik cicak mate merah..Huh. fenin aku.

Okeh. operasi mengemas bilik bermula..Kali ni aku tekad..aku nak buang sume barang2 yang tak sepatutnya ade. Aku ni sorang manusia yang suke sangat menyimpan..Kulit gule2 pun kekadang aku simpan..Konon. Ade sentimental value ah konon.. Ahaks.

Mak aku gile bising.."Barang2 sume nak simpan, mane bilik tek penuh!..Buang2 la mene yang patut.. Lapang sket." Kata mak aku.

Hurmm..Betul gak kan..bayangkan kad topup pun aku still simpan..aku pun tak faham motif aku simpan kad topup sebenarnya..Start dari aku pakai Digi tahun 2004..Time tu kat Janda Baik line Digi je clear..Tu pun kat tengah2 jalan. Line2 lain memang kene panjat bumbung..Komfem!


See.. ni sebahagian je keh..yang aku letak dalam cawan.. wat hiasan..yang len2 aku da masuk dalam plastik sampah..sedia untuk dibakar.

Pastu yang paling aku tak leh terima akal ialah ubat yang dibelikan someone time aku keje kat Kuala Lipis dulu. tahun 2006!!!!!! Oh! dan aku still lagi ingat name jejaka tersebut..irnijzam..hurmmm..takkan lupe punyela name orang yang berbakti pada kita.


Time ni aku demam truk tak leh bangun.. yang 7eleven tu bekalan tiap2 bulan aku..sakit pompuan..Dulu aku truk..sampai tak leh bangun. Sekarang ni makin ok..Hormon makin stabil..heee~

Kotak coklat pun aku simpan g.. Pemberian si dia tym Valentine's Day 3 tahun lepas..berabuk kot. Nak buang? Sentimental value beb.

Kotak Coklat..
Selain itu..


Tiket Wayang 1st tym aku masuk panggung pun aku simpan g..Cite Otai..Saiful Apek punye citer of kos! 24 Oct 2004 okeh! Oh! kenangan....

Pastu frame gambar.. Dulu time sekolah. Asal hadiah birthday je mesti frame gambar. Hahaha.. Aku pun mengumpul la.. Tapi sejak masuk UiTM..Frame tu aku simpan dalam beg plastik. Tapi tetap gak berabuk..macam2 jenis.

Sume gambar kenangan aku zaman sekolah..Kak Ieta! Awak selalu bace blog kite kan..see..gambar awak time dinner terakhir awak upper six dulu..hahahaha..Sayang awkkk!!!

Then, pasan tak satu2nya jejaka yang menghiasi frame ku..Oh! mari kita lihat siapakah jejaka bertuah itu..kte zoom eh.. 
 ~~~~~~~~~~

Oh! Shah Indrawan Ismail @ Tomok! hahahaha..sorry beb. aku memang gile kat Tomok dulu.. satu2nya kaset yang aku beli tym tuh ialah kaset New boyz..Sebelum tuh aku sanggup berjaga malam tunggu pilihan lagu kat radio muzik sebab aku cukup yakin setiap malam akan ade orang yang pilih lagu 'Sejarah Mungkin Berulang'..Hahaha..So fanatik!
memang bodo ok..aku mengaku.. tapi kalau 7 tahun lepas korang cakap aku bodo, komfem kite da putus sahabat! ngeee~
Tapi sekarang aku fanatik kat Aaron Aziz lak..Ahaks!

Dan...
Ade gak kenangan yang takkan mampu kita buang....
Seperti pokok kaktus ini...

Pokok kaktus ni da 6 tahun da aku ternak sampai la setinggi atap bumbung umah aku. Hahahaha..27 Mei 2005...Kenangan ni memang tak leh buang beb malah makin bercambah dengan jayanya..Dan dah ade keturunan pun..

See...

Dah 6 bulan usianya...

Dan..Hasilnya..sebeg plastik besar kenangan aku buang..Dah tak pk da sentimental value ke hape..Yang penting bilik aku clear..

Okeh la kenangan..Bye2 !!

Dalam hidup pun camtu.. kalau semua kenangan kita simpan..tak terlarat jugak nak menampung. Penat. Serabut.. Ade sesetengah kenangan perlu kita buang dalam hidup kita.. Cipta kenangan baru yang terindah. Hidup dalam kenangan sangat tak berguna..
Bila kita da buang kenangan yang tak perlu..Rase hidup ni lapang sangat walau terlalu banyak kenangan yang tak mampu dilupakan..

Memang..

Hidup tak selalunya indah..Tapi, yang indah tetap hidup dalam kenangan.