L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Wednesday, March 23, 2011

On His Birthday..

Dear Rushdan..
"Happy 29 Birthday..Wish you full of happiness,  healthy & what are you dreams come true. Mengenalimu adalah takdir terindah, Menyayangimu adalah pilihan yang paling tepat & Menjadi pendamping hidupmu adalah impian & harapan.."
Abaikan quote lain2..arahkan pandangan mata anda pada number sahaja..banyaknyeeee..eh. dah tua! eh. eh. eh.. hahaha..Kejam kan aku..dah la bold, siap large g..klu dia baca ni mesti die cakap "Sampai ati syg kan, buli abg.." weks! jauh takpe!

On his birthday.. secara seriusnya, dari tiga minggu lagi, aku hangin sangat sebab tengok schedule merah sepanjang minggu.. Maknanya, aku takkan dapat cuti.. So, i've to plan something.. Special !

Kebetulan, aku selak surat khabar & terbaca la plak biz coklat, trus idea datang.. Tapi takes time gak sebab aku tak tau ada sediakan perkhidmatan penghantaran atau tak. sampaila aku add kat FB.. Then, she replied 'ada'.. Aku pun check Blog dia..Wow! cantik coklat2 dia. Sweet!

Secara ringkasnya, aku pun mesej la pada Kak Mazliana..act, memula aku panggil 'Puan' tapi, die replied 'Akak'..mayb die tak selesa ngan panggilan 'Puan'. Yang bestnyee.. Kak Lya cuma tanye die suke bola ke kereta? & warna kegemaran.. Aku plak yang rase surprise.

19 March 2011.. Incik Rushdan terpaksa pegi Nationwide untuk mengambil bungkusan sebab tym anta tu die takde kat umah.. & sebenanye suprise dah tak jadi sebab.. Siva ( Bukan nama sebenar ) penghantar Nation Wide punye pasal tak nak telefon die. kat bungkusan tu tulis no fon aku.. sah2 la kantoi! aku dah siap mesej kasi no telefon, die wat tak tau je..huh. hampeh! Tapi takpe sebab hasilnye...

Taraaaa...

See the keteta..Kereta tu buat daripada White Chocolate yang sedap!

Kak Lya, Thank you so much okey. Tak payah bayar deposit atau pape.. Dah siap buat baru aku bank in kan..harganya cuma RM60 include postage..sangat berpatutan kan.

Kawan2 ku sayang, aku dah dapat idea untuk kite punye konvo..every chocolate must have our name!

Rushdan, Thanks sebab menghargai..senyuman & ucapan terima kasih dah cukup buat kite bahagia!

Kepada sesape yang berminat detail nye seperti kat bawah ye :



Million thanks Briiliant Chocolate!

Masuk je umur 29 Tahun.. Incik Rushdan trus praktis nak jadi papa mithali..ngeh3..
See...


Ampon sayang! Birthday Boy tak leh marah2! hahahaha..wek!

Tuesday, March 15, 2011

So Seteresss..

Ok. saya tengah stress sekarang & sebab stress gak la saya bahasakan diri 'saya'..Sebab, tak nak terlepas perkataan2 yang tak sepatutnya di blog ini. Dengan 'saya' mungkin bole sopan sikittt..sikit pun cukup. Sebab stress? macam banyak je sebab, tapi lebih kepada personal. so, tak yah citer.

1st, laptop saya rosakkk.. Benci ! Actually, laptop tu dari mula beli memang banyak menguji kesabaran saya tau tak. Tapi, saya tetap bertahan sebab mak atau sedara mara saye takde kedai laptop lagipun tanggungan melalui PTPTN. Haruslah bersyukur dengan apa yanga ada. Sebab tu la saya hilang idea nak post pape kat blog ni..

Ni saya pakai PC office, pun same menguji kesabaran, dah la lembap,PC zaman 70-an plak tu..PC yang besar TV jenis lame tu..kalau bayangkan TV jenis LED memang silap bayang, tukar TV zaman 70-an. Ha..camtu la..Dahla pendrive tak leh detect, pastu cari gambar kat google pun kena tunggu 2 jam. Sebab tu la post ni tak bergambar. sedih kan.

Seterusnya, saya nak g tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa. Ok. Rushdan cuti Isnin, Selasa. So, saya assumed dia akan datang bawa saye keluar isnin malam, dating2 jap..pastu balik..saya dah plan dah nak kasi alasan ape kat mak saya sebab nak keluar malam..Tapi.. Dia tak mao kua ngan saya. Dia ade plan lain. so sedihhh! so, saya post kat FB esoknyeee ( Hari ni ) dengan harapan dia membaca, walaupun harapan cuma tinggal harapan..sob3.

Takpe. Saya faham dia bizi nak uruskan macam2 terutamanya insurans kete die. Bulan 5 ni dapat duit insurans tu dia tak masuk minang saya saya kokak2 perot die yang makin ke depan tu. tengok la. ^^

Lagi, Semenjak 2 menjak ni saya asik kena kacau dengan lelaki2 gatal yang datang kat resort ni. 2 malam lepas terjadi perkara yang memalukan bila saya dipermainkan. ceritanya..
This client datang with 2 orang anak die dalam lingkungan 3 & 5 tahun. wife die? tak termasuk dalam Standart operating Procudure untuk tanya soalan tu. So, saya tak amik tau apesal dia datang tanpa wife.
Then, die minta order ala-carte. At the same tym ade la lagi 2,3 family yang turut makan kat cafe tu. Tetibe..

"Fidah, mehla teman abang makan."  Tak yah bace 2x..memang dia bahasakan diri die 'Abang' Yukssss..

"Takpelah En. Zafar (Bukan nama sebenar), saya ada kerja. Jawab aku sopan. dalam hati memang bertimbun sumpah seranah.

Ok. Semua mata yang ada memandang aku! s**t !!! Ha..kan terkeluar gak mende tak senonoh. perkataan 'saya' tetap tak mampu membendung kata-kata luar biasa ini.

"Eiii..sombong la fida ni.." Aku senyum & trus bla..Sebab senyum? hujung bulan ni gaji aku still masuk dalam Bank Islam. Klu tak, aku dah bagi sumpah seranah.

Ok. pembetulan ye..Saya Resort Officer bukan Guest Relation Officer nak kena teman2 makan, suap2, tergedik2..huh. I hate this type of JANTAN! Hope NOT to see u again!

Banyak lagi..tapi, masa dah abess...nak balik! 2 weeks to go untuk jadi penganggur! Yeay!

Saturday, March 5, 2011

Impian kamu..Harapanku!

Sekarang ni mood tengah rindu kawan2..lagi2 bila z tagged gambar lame..betul, susah sangat nak describe rindu yang bergunung ganang ni. Okey tak pe. Rindu itu indah!


Gmbar yang di tagged oleh z, walaupun aku hanya sebatang camera..Ceh. Tq z tagged aku ;P

Fyra, congrats for u'r first job! kte doakan segalanya baik & awak dapat yang terbaik.

Khalid, Hopefully gak ko dapat keje.. not to worry, akan ada manisnya dari buah kesabaran. mungkin ALLAH bagi ko rezeki lambat sebab dia nak uji ko & bagi yang terbaik.

Aku? Resignation letter dah sampai ke pihak yang sepatutnya menerima.

Sekarang ni aku still create plan untuk masa depan aku.....& dia.. InsyaALLAH, pas effective perletakan jawatan aku ni semuanya dah cukup untuk flow step by step ape yang aku rancangkan.
Seriusly, aku kuat sebab dia yang sentiasa ada di sisi aku. Sentiasa support aku & setiap kata2 dia penguat semangat bagi aku.

Thanks Rushdan!

Edi nikah hari ni. tapi aku tak dapat ikut sebab..of kos la tuntutan keje! Pagi tadi sempat singgah umah Mak Leha..Ok. semua mata pandang aku...Aku dah tau dah maknanya..Cam nak lariiii..

"Tinggal kamu ngan Zaidah je lagi ni, Jangan banyak main sangat, serius sket! Mak kamu ngan aku ni dah tua!" Mak Leha

"Kamu rancang ke? Plan elok2..Jangan la tak jadi lagi kali ni!" Kak Lili

"Neti nak kawin? Hahahaha...." Along

"Dik, Selagi akak tak kawen, kamu jangan ngade cakap nak kawen!" Aku

"Kalau ada orang masuk minang Zaidah tu, aku kawin kan je, settle semua. senang!" Mak Leha

Cheiyt! Pe ni !

Aduiii.. Ni la topik paling malasss aku nak join. sebab aku lah sasaran utamanya.. tensen ah!

Paling aku marah mestila Along aku...gelak jahat! Huh. Okey! silapnye aku gak, dulu kuat sangat mengata die..konon2 aku membayangkan die tukar lampin anak tym dah bongkok sebab kawen tua.. Last2 pas die kawen, die kasi balik serangan balas. Ceh. Tak sopan!

Alaaa..Baru 25. Kak Lya dulu kawen 26.. Setahun g..Setahun tu macam2 bole jadi tau.. Haaa..ayat penyedap ati!

Sebenarnye, aku takde la fikir sangat pasal bab ni. Walaupun, kekadang jeles gak la tengok kawan2 dah bersuami. Sebabnye, aku still lagi membina imaginasi, ha..bahasa motivasi gitu..ahaks! imaginasi untuk menggenggam master. Tapi, stress bab kawen tu datang bile aku dapat serangan2 macam pagi tadi..

Tapi, setiap kali aku Rushdan cakap pasal impian dia nak hidup ngan aku..Seriusly, harapan aku menggunung tinggi ! Serius aku tak nafikan impian aku lagi besar dari dia. Cuma kali ni aku lebih santai..sebab aku yakin..Kalau aku sebahagian dari tulang rusuk dia, ALLAH takkan pisahkan aku dari dia.

Paling indah, bila dia tau impian aku nak dapatkan master, dia bagi sokongan 100%.. Tapi, buat masa ni keutamaan aku ialah dia, Rushdan.. Mungkin step nya agak panjang untuk penuhi setiap keinginan aku tapi kalau aku percaya aku mampu, ianya tak mustahil kan.