L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Friday, December 31, 2010

Bye2 2010..



Hari ni hari terakhir 2010..

Beberapa jam je lagi 2010 akan melabuhkan tirainya. Yang pastinya turut melabuhkan jutaan pengalaman suka, duka, gelak, tawa & air mata..
Azam aku untuk tahun 2010.. Alhamdulillah..tercapai dengan jayanya & bakal diraikan bulan 4 yang akan datang..

Ya! Konvo!!

Impian aku satu waktu dulu dan kini dalam tak sedar aku mampu menggapai impian tu.
Hahaha..sape sangka budak yang palingggg malas pegi sekolah..budak yang selalu kene kurung kat reban ayam, yang penah kene libas ngan hanger, tali pinggang semata2 sebab malas g sekolah akhirnya berjaya menggegam segulung ijazah. miracle!

Dan aku yakin, arwah ayah aku pasti tersenyum dengan kejayaan aku. Semuanya kerana Dia.. Kalau tak kene libas ngan hanger untuk bangunkan aku dari katil, kalau tak kena heret sampai koyak baju sebab nak suh aku p sekolah.. takkan aku mampu berjaya sampai ke tahap ini. Dan..semua ni adalah semata2 untuk masa depan aku. Syukur YA ALLAH !

2010 - Terlalu banyak suka & dukanya. Pe je yang tercatit pada catatan blog ni, tu la kehidupan aku untuk setahun ni.

Penyesalan?..Ya. Ada.. bila aku  letakkan rasa sayang di tempat yang paling salah & pada orang yang tak sepatutnya. Tapi, aku dah pasrah pada takdir. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Sekurang2nya aku tau, aku mampu menghadapinya dengan tenang & aku belajar..tak semua yang aku inginkan mampu mejadi milik aku. Yang lain2 aku serahkan segalanya pada ALLAH yang esa..

Meniti 2011.. Segalanya berjalan dengan baik. sikit2 aku dah buang dia dari hati aku..untuk selamanya. Pengalaman lepas aku jadikan pengajaran. perkenalan singkat yang mengukir senyuman setiap detik dan aku pastikan hatinya betul2 kosong. Syukur.. Kamu untuk aku..

Untuk Kamu.. Terima Kasih. Kan kuhiaskan hari2mu dengan senyuman & gelak tawa.. Sama2 kita cipta & penuhi impian 2011 kita! ~Aminnn~


No comments:

Post a Comment