L.O.V.E

♥ Perjalanan Hati ♥

♥ Perjalanan Hati ♥

Sayang Tak Terucap...

Sayang Tak Terucap...
Sayang yang tak mampu diucapkan dengan apa2 perkataan mahupun dalam bahasa apa pun..

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....

KiSaH AkU, DiA & KitA SeMuA....
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Friday, January 28, 2011

Kehilangan ??..



Aku baru je lepas baca blog sahabat kesayangan aku, merangkap adik kesayangan aku pasal kehilangan. Kehilangan? camne eh nak definisi kehilangan. Tah. Tapi yang pasti setiap kehilangan pasti akan diiringi dengan kekecewaan, kesedihan, air mata..Dan aku teringat mimpi aku malam tadi.

Aku tak tau kenapa, emosi aku tak okey sangat seminggu dua ni..Tiap2 malam aku akan terjaga dalam pukul 3 ke 4 pastu berlanjutan takkan dapat tidur sampai subuh.
Pastu plak, pukul  7 ke 8 dah terjaga.. Tido memang tak cukup.

Salah satunya memang sebab aku stress dengan keja aku..Tapi, aku perlu teruskan gak sampai aku completekan list aku.

Dan.. Malam tadi.. Aku terjaga dalam kol 4 lebih.. Aku mimpi. Mimpi sedih yang menyebabkan air mata mengalir pas ku terjaga. teresak2.. Padahal aku mimpi je, dan sebenarnya dalam mimpi tu pun aku dah puas nangis..

Ya. mesti la  mimpi tu sedih. takkan mimpi Saiful Apek plak kan. mimpi kehilangan. Kehilangan dia yang sekarang ni menjadi satu2nya kekuatan aku. Impian aku. Terus aku mesej dia, cuma aku tak cakap pasal mimpi tu.

Walau sekadar mimpi, tapi..aku takut. sungguh.

YA ALLAH..kalau pun dia juga bukan untuk aku namun pinjamkanlah dia lebih lama untuk aku.


2 comments:

  1. babe,
    sume orang pun x nak kehilangan. sebab kehilangan tu perit gila x ingat punya. tapi kalau memang ditakdirkan macam tu, macam tu lah takdirnya. so, jangan takut dengan kehilangan. ok!

    ReplyDelete
  2. Kita bersedia cuma bila sudah kehilangan. kalau boleh tak mahu. tapi kalau itu yang terbaik. kita lepas.lepas sekali dengan air mata.

    masa ialah saksi untuk semuanya.
    melihat sedih dan gembira kita.

    *bila lah hati ni nak sembuh. ;(
    lap air mata. huu
    akaakk

    ReplyDelete